Apalah sangat
jadi pengacara majlis?? Siapa yang cakap macam ni tidak syak memang dia tak tahu langsung
apa-apa pasal hal ehwal pengurusan majlis atau acara. Aku memang tak bersetuju.
Kalau rasa tugasan pengacara tu lekeh atau tak penting, cubalah sendiri jadi
mc.
Kelancaran
perjalanan sesuatu majlis sebenarnya adalah bergantung hampir 80% kepada juru acaranya.
Selebihnya teknikal dan pengisian majlis itu sendiri. Melalui pengalaman lebih
15 tahun dalam bidang pengacaraan majlis rasmi atau tidak rasmi, seorang
pengacara merupakan refleks mood kepada keseluruhan majlis.
Kalau
pengacara macam bosan je, maka bosanlah majlis tu. Kalau pengacara pandai
menceriakan majlis, dua jam duduk dalam dewan pun tak terasa. Rasa nak dengar
lagi dan lagi coletahnya. Kalau pengacara gabra, sudah tentu kelam kabut lah
majlis tersebut jadinya.
Bayangkan
anugerah-anugerah besar seperti Oscar ataupun penyampaian Majlis Konvokesyen
yang meletakkan pengacara tangkap muat. Sah-sah, walau hebat pada sound sistem,
gimik gempak, lightning bagai, tetap orang akan kata majlis tu entah hapa-hapa.
So, ini
adalah 6 tips yang membantu seseorang
menjadi pengacara yang bagus.
1. Tiada
masalah mikrofon fobia
~ Macam
mana nak bercakap depan orang ramai, kalau tengok mikrofon pun dah longgar
kepala lutut? Gemuruh yang ketara mendorong kita melakukan banyak kesilapan dan
mudah panik. Haha..
2. Dapat menyesuaikan
intonasi percakapan, volume suara dan gerak badan dengan format majlis
~ Tak
semestinya pengacara tu kena ada suara yang merdu. Bukannya nak menyanyi. Cuma
kena bijak menentukan style penyampaian yang bertepatan
~ Majlis
rasmi memerlukan nada percakapan yang tenang, suara yang sederhana dan gerak badan
yang terkawal (sopan santun ala-ala pengacara Nona atau pembaca berita)
~ Majlis
tidak rasmi memerlukan nada yang ceria, lontaran suara yang lebih energetic dan
gerak badan yang aktif
3. Sentiasa
senyum sepanjang tugasan pengacaraan
~ Kenapa? Pengacara
yang masam akan membuatkan suasana majlis suram. Spoil
~ Tak
percaya, lakukanlah dan lihat sendiri perbezaan bercakap sambil senyum dengan tidak senyum
4. Tampil
kemas dan selesa dipandang
~ Pengacara
bukan hanya untuk si jelitawan atau macho sahaja. Saat seseorang pengacara mula
menuturkan kata, semua mata akan tertumpu kepadanya. Imej pengacara
melambangkan imej pihak yang menganjurkan majlis juga melambangkan tahap
intelektual seseorang. Bukan rupa semata, ok
~ Berpakaian
dan touch up lah dengan ala kadar sesuai mengikut suasana atau tempat sesuatu
majlis. Dah kenapa nak pakai gaun ala-ala gala night dan mekap kalah superstar sedangkan
tu majlis international conference, kan?
~Kalau
nampak selekah pula, orang dah lupa majlis tu pasal apa. Sebaliknya orang hanya
akan bercakap pasal gaya penampilan pengacara. Senang cerita, rujuk la di
internet tema pakaian yang sesuai sebelum menjadi juru acara sesuatu majlis. Banyak
contoh.
5. Boleh
bekerja secara teamwork
~ Walaupun
pengacara majlis hanyalah seorang atau duet, ini tak bermakna seseorang itu
hanya perlu mendapatkan tentatif acara dan dah tak berhubung apa-apa dengan
pihak penganjur. Setelah itu muncul di hari tugasan majlis. Memang menempah
mautla. Haha..
~Berpengalaman
macam mana sekalipun, adalah penting seseorang pengacara mendapatkan info
daripada pihak penganjur skala sesuatu acara itu sendiri. Sekurang-kurangnya sama
ada melibatkan orang kenamaan atau tidak, protokol, jumlah jemputan, flow acara,
etc bagi mengelakkan sebarang insiden di luar jangkaan seperti tersalah umum
nama pemenang atau nama VIP
~ Bagi
komitmen untuk hadir rehersal
6. Menjadi
diri sendiri
~ Untuk
rasa lebih dekat dengan audiens, dan supaya audiens memberikan perhatian
terhadap apa yang disampaikan, sebaiknya jadilah diri sendiri yang
menggembirakan. Ia juga membantu seseorang pengacara untuk rasa lebih relaks
dan berkeyakinan
~ Jika
seseorang pengacara itu berkarakter komedi, tiada salahnya untuk diselitkan
humor yang bersesuaian mengikut kesesuaian majlis. Jika gemar berpantun seloka,
sekali sekala serikan ucapan dengan bahasa-bahasa indah di dengar selagi mana
ia tak menggangu kandungan ucapan. Kecuali itu adalah majlis pertandingan
berpantun
Menjadi
seorang pengacara majlis tak semudah yang disangkakan. Walaubagaimanapun, dengan
persediaan dan doa, pastinya tak mustahil nama akan disebut-sebut dan dijemput
lagi untuk acara yang seterusnya.
0 comments:
Post a Comment