‘Do as I
say, Not as I do’. Dalam pada kerisauan ibu bapa dengan gejala ketagihan
anak-anak terhadap gadget serta media sosial, sejauh mana ibu bapa sendiri menunjukkan
teladan terbaik sebagai role-model untuk dicontohi? Sebab itu, sebelum ibu bapa
menegah anak-anak, silalah cermin diri sendiri dahulu akan tabiat yang mungkin
tak disedari betapa kita juga adakalanya terleka.
1. Kajian
yang dilakukan oleh Facebook pada tahun 2016, mencatatkan secara global, golongan
ibu bapa sebenarnya adalah lebih aktif berfacebook berbanding golongan bujang
(non parents). Mereka lebih kerap berkongsi gambar anak-anak, video, links yang
berkaitan dengan hal keibubapaan.
2. Perbezaan
dengan interaksi post status yang biasa, post gambar bayi sulung pasangan yang
baru berkahwin akan mendapat 37% respons daripada ahli keluarga dan 47% respons
daripada kawan-kawan. Ini sekaligus memberi ransangan kepada ibu bapa untuk
lebih berkongsi perkara-perkara menarik tentang anak-anak mereka di media sosial
terutama facebook.
Sumber : insights.fb.com |
3. Daripada
1.6 juta responden kajian, 56% yang melayari Facebook adalah golongan yang bergelar
ibu bapa baru (new parents). Ibu bapa yang baru memiliki cahaya mata ataupun
anak berusia kurang daripada setahun, menjadikan gadget sebagai satu-satunya
alat untuk berhubung dengan dunia luar seperti keluarga, kawan-kawan mahupun mendapatkan maklumat produk.
Ini
memandangkan, kelahiran bayi secara tidak langsung mengubah jadual kehidupan.
Misalnya, ibu akan lebih banyak berjaga di waktu malam dan tidur pada waktu
siang. Bapa pula akan mengehadkan waktu bersama kawan di gym ataupun melepak
bagi menumpukan kepada penjagaan anak pertama.
Ibu bapa baru
atau yang menjaga anak masih bayi juga cenderung menjadikan gadget sebagai ‘escapism’-
menghilangkan tekanan dan mengalihkan perhatian sebentar daripada rutin yang
memenatkan. Kebiasaannya, waktu melayari internet mereka ialah seawal pagi.
Mereka juga memilih untuk saling berkongsi info berkaitan produk yang digunakan
dan yang terbaik di pasaran bagi mendapatkan jaminan serta kualiti sesuatu
produk yang digunakan oleh orang lain.
3. Fakta
tersebut disokong oleh hasil kaji selidik Common Sense Media yang membuktikan
ibu bapa menghabiskan masa selama 9 jam 22 minit di media berskrin (televisyen,
permainan video dan jaringan sosial) menyamai jumlah masa yang dihabiskan oleh
golongan kanak-kanak berumur 9-12 tahun setiap hari.
4. Akhbar Mirror,UK mendedahkan kajian
yang dilakukan terhadap 1,200 remaja dan ibu bapa mengenai ‘Kesedihan Anak-anak
Di Sebalik Ketagihan Ibu Bapa Terhadap Media Sosial’ mendapati bahawa 41%
responden remaja berpendapat ibu bapa tidak mengendahkan anak-anak kerana
terlalu asyik dengan gadget. Manakala 51% menyatakan mereka melihat ibu bapa melayari
internet ketika di dalam kereta walaupun mereka ada bersama.
Ini adalah
cabaran ibu bapa dalam membina keluarga di zaman siber. Tiada salahnya
menikmati kecanggihan teknologi yang ada, selagi mana kita tahu
menggunakannya dengan cara yang betul dan mendidik anak-anak untuk menjadi
pengguna yang bertanggungjawab. Adalah penting untuk ibu bapa memastikan wujudnya
kebersamaan dengan anak-anak dalam apa jua perkara dan situasi. Usah biarkan
anak-anak memandu hidupnya sendiri. Fasa anak-anak membesar adalah masa yang tidak dapat di kebelakangkan.
0 comments:
Post a Comment