Dalam
masyarakat kita, wanita yang lambat berkahwin dilabel anak dara tua (andartu)
atau anak dara lanjut usia (andalusia). Selain daripada menyumbang kepada
masalah populasi dunia, isu andartu ini tak kurang menjadi stigma masyarakat
yang sukar untuk diperbetulkan.
Hebatkan
jadi andartu. Ramai orang concern. Tidak mengapa. Orang boleh fikir macam-macam
sebab orang tak faham. Apatah lagi orang yang dah berumahtangga dari umur muda. Usia 23-25 tahun dah kahwin. Tak sempat pun memahami apa rasanya hidup
lama dengan status single. Ini adalah emosi yang orang lain tak boleh selami
kecuali yang mengalaminya sendiri. Ahakss!
1. Kata
orang kita, anak dara tua hormon tak stabil.
Meroyan tak
tentu pasal. Yang orang lain buat semua serba tak kena. Asyik dia je betul.
Angin satu badan. Lagi teruk bila orang dakwa, dah perangai buruk macam tu,
memang tak akan laku sampai bila-bila. Terutama lady boss yang kuat kerja.
Pejabat dah jadi rumah kedua. Siapa yang berani tawar diri jadi suami? Dah
ibarat macam takde masa untuk diri sendiri. Jiwa orang kurang kasih sayang,
sebab tu stress memanjang.
Apa yang
orang tak tahu...
~ Wanita
bekerjaya yang masih belum berumahtangga, sedang usia mencecah angka tiga
puluhan, adalah orang yang hatinya kalis sunyi. Kerjaya adalah tempat menghilangkan
rasa kesedihan dan lonely. Tiada wanita dalam dunia yang tidak ingin mencintai
bahkan dicintai. Namun tak pula duduk mengenang nasib dan berendam air mata
berhari-hari walau hidup bersendiri.
~ Dalam pada
orang lain punya ruang untuk menyayangi dan disayangi (anak-anak&suami),
bagi andartu kerja adalah perkara kecintaan yang memberi keseronokan dan
pengisi kehidupan. Atas alasan itu, komitmen terhadap kerjaya adalah lebih
daripada segalanya kerana ia memberikan kepuasan.
~ Jadi,
kadang-kadang bila ada andartu yang cerewet lain macam, bersabarlah dengan
leteran dan kemarahan. Ini adalah kelemahan mereka yang sentiasa meletakkan kerjaya
seumpama menjaga keluarga. Samalah jika ada yang mengganggu atau berbuat yang
tidak elok kepada anak atau suami bagi wanita yang sudah bekeluarga. Bukankah
anda pun akan melenting sama?
~ Cuma ini
bukanlah alasan untuk para andartu mengambil kesempatan menyusahkan kehidupan dengan
tidak mengambil kira keadaan orang yang bekeluarga atau menyakitkan hati
orang lain kerana merasa cemburu dengan kebahagian mereka.
2. Kata
orang kita, anak dara tua ni memilih.
Yang itu
tak mahu, yang ini tak suka. Macam lah dia tu bagus atau lawa sangat. Kahwin
aje, asal jangan mati takde sape-sape. Tidak pun, orang selalu kasihan menengok nasib ada
anak yang tak beribu. Penyelesaiannya kahwinkan sahaja bapanya (duda) dengan
andartu.
Apa yang
orang tak tahu...
~ Sungguhpun
jodoh adalah ketentuan Tuhan, setiap orang punya hak untuk memilih siapa yang
dia suka. Kenapa pula bila dilabel anak dara tua, dah terpaksa berkahwin dengan
lelaki mana-mana? Sangatlah tidak adil.
~ Jadi,
usahlah mendesak anak dara yang lanjut usia ini berkahwin bila dia tidak suka.
Walau sekalipun bimbangkan masa hadapannya, perkara yang terbaik ialah tidak
memberikan tekanan supaya siapapun bergelar andartu tidak tersalah membuat
pilihan dengan berkahwin atas dasar pujukan dan mengikut kemahuan orang lain atau
kerana menjaga hati orang tua.
~ Doakanlah agar dia dipermudahkan jodoh dan
dibukakan hati untuk menjadi seorang isteri kepada seseorang yang dicintai.
~ Meskipun
begitu, memilih biarlah berpada. Tiada siapa yang sempurna. Sebagaimana
banyaknya kurang pada diri sendiri, lihatlah seseorang pada kebaikan dan nilai
keperibadiaan diri seadanya. Paling penting adalah beragama dan mengamalkan agama (berakhlak).
3. Kata
orang kita, anak dara tua susah nak dapat anak.
Kahwin
hujung usia tak dapat zuriat. Benih dah tak subur. Nanti boleh dapat anak
cacat.
Apa yang
orang tak tahu...
~ Biarpun fakta
sains, ini adalah nasihat yang melukakan. Sebagai orang Islam yang beriman, menjadi
anak dara tua bukanlah satu pilihan. Semua wanita mahu dibangkitkan dalam
kelompok umat yang mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. melalui ikatan
perkahwinan.
~ Orang akan
memperkata apa yang mereka nilai pada luaran. Itu kebiasaan. Seolah-olah lupa, samalah
dengan jodoh, rezeki anak pun Tuhan yang tentukan. Kalau dikata sukar dapat
anak kerana lambat kahwin, bagaimana pula dengan yang bertahun-tahun
berumahtangga tapi masih tidak berzuriat?
~ Jadi,
hormatilah keputusan atau situasi seseorang wanita yang dikata ‘tua’ tapi masih
belum berumahtangga. Berhati-hatilah apabila mengutarakan kata-kata. Memberikan
komen dengan kenyataan-kenyataan negatif tidak membantu seseorang wanita menamatkan
status anak dara tua, malah menjadikan andartu semakin menjauhkan diri menghadapi
masyarakat dan menambah rasa rendah diri mereka.
4. Kata
orang kita, anak dara tua buat laki orang tak selamat.
Wanita-wanita
bersuami jadi takut. Ada andartu cantik bergaya kerja dengan laki dia di
pejabat. Tu tak lain nak mengorat suami orang dah beranak tiga.
Apa yang
orang tak tahu...
~ Tak semua
anak dara tua terdesak hingga sanggup bermadu. Apatah lagi menghancurkan
rumahtangga wanita lain. Lebih sedih, bila yang merendah-rendahkan martabat
seorang wanita adalah dari kalangan wanita sendiri.
~ Tak mustahil, sesetengah keadaan, apabila terjadi hal-hal orang ketiga dalam rumah tangga,
yang melibatkan anak dara tua, seorang wanita (isteri) juga perlu memperhalusi hubungan
antara dia dengan suami. Bahkan sejauh mana si suami juga melibatkan diri dalam
hal sebegini. Bak kata pepatah, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Ini supaya status
anak dara tua tak menjadi ‘kambing hitam’ sebagai punca perpisahan sesebuah
perkahwinan.
5. Kata
orang kita, anak dara tua trauma.
Takut nak
berkahwin. Apatah lagi kalau hidup dengan persekitaran yang hari-hari mendengar
atau melihat krisis suami isteri bercakaran, anak-anak pula jadi mangsa. Orang
pun kata, “Sedangkan yang dah bercerai-berai pun boleh bertemu jodoh semula,
jangankan pula yang masih anak dara...”
Apa yang
orang tak tahu...
~ Bukan
trauma. Hanya bersikap lebih teliti dan berwaspada. Bayangkan selama hidup bersendiri,
anak dara tua tidak memerlukan sesiapa untuk bergantung hidup mengharapkan
kasih sayang manusia. Mereka berusaha sendiri mencari kegembiraan dan melakukan
perkara-perkara yang menyenangkan perasaan.
~ Jadi, katakanlah
seseorang anak dara tua berkahwin di usia lewat 30 an. Sebolehnya, apabila
meninggalkan zaman bujang, ia bukanlah satu keputusan yang meletakkan kehidupan
mereka (untuk tahun-tahun yang akan datang) dalam risiko di ambang penceraian
atau konflik perhubungan. Kerana sudah pasti, bagi sesiapun, keputusan untuk
mendirikan rumahtangga bukanlah satu pilihan untuk disia-siakan.
Jodoh
adalah RAHSIA Allah. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Andartu, Andalusia atau apa jua gelaran seumpama bukanlah
satu dosa untuk orang lain menghina. Yang penting, jaga diri dan sentiasalah meyakini
sesungguhnya menjadi andartu itu adalah insan special yang osem!!
7 comments:
bos andartu nak nak andartu agama Islam. tp perangai.... mak aii x melambangkan Islam betol..ikot sgt hasutan syaitan tu smpai tergamak aniaya pekerja nak nak nye pekerja yg dah berumah tangga saja saja aje buat buat biar diorg balik lambat and metally torture.. mohon pihak berkuasa siaasat bos bos andartu ni.. xde yg baik nye banyak nye yg sume perangai sama macam ni ikot bisikan syaitan
Berkahwin lambat pun salah satu ujian Allah terhadap manusia. Sabar itu amat indah. Anda jgn kata tak tahu kebaikan sabar. Selain diberi pahala berpanjangan sepanjang2 sabar, juga dihapuskan. Jika anda tidak mengadu malah tidak menjadi bos "garang" spt kata org di atas, percayalah anda seorang yg amat beruntung. Sy fhm perasaan andartu sbb sy pun blm berkahwin. Percayalah pd Allah.
Berkahwin lambat pun salah satu ujian Allah terhadap manusia. Sabar itu amat indah. Anda jgn kata tak tahu kebaikan sabar. Selain diberi pahala berpanjangan sepanjang2 sabar, juga dihapuskan. Jika anda tidak mengadu malah tidak menjadi bos "garang" spt kata org di atas, percayalah anda seorang yg amat beruntung. Sy fhm perasaan andartu sbb sy pun blm berkahwin. Percayalah pd Allah.
jodoh itu rahsia allah.....dan mati pun rahsia allah....
Wowww
ijin promo yahhh
EDENPOKER adalah situs judi game online terbaik dengan ranting kemenangan terbesar yang pernah ada di indonesia.
Kartu bagus,mudah menang dan banyak bonus.
Pendaftaran dapat dibantu ! Proses Depo Wd cepat dan aman,
Dapat dimainkan di HP / Smartphone kesayangan anda loh...
GUDANG PROMO IDN POKER
Agen Bandar Poker Terpercaya
Bandar Poker IDN
Poker IDN Terbaik
Agen Judi Uang Asli
Agen Judi Terbaik Di Indonesia
Agen Judi Deposit Murah
Info Poker IDN Terbaik
Paling penting jaga adap .. jng emosi sangat. Nnt jodoh akan sampai juga .insyaAllah
Post a Comment