Siapa kata
demam campak hanya kena sekali seumur hidup? Aku boleh buktikan kenyataan
tersebut salah sama sekali. Sebab aku kena dua kali. Aku cuba juga mencari
beberapa pandangan pakar perubatan berkaitan hal ini. Salah satunya yang aku
kongsikan ini adalah daripada blog Dr. Zubaidi, Demam campak boleh berulang
Kali
pertama aku menghidap demam campak sewaktu berusia 3 tahun. Berbeza dengan
serangan yang pertama, untuk kali kedua ini, aku dapat merasai dan menyedari sendiri
simptom-simptom jangkitan demam campak (memandangkan umur dah tua). Dah
makcik-makcik. Dulu budak-budak. Tak ingat apa-apa, kan.
Walaupun sengsara like a nightmare,
tapi best sebab aku menikmati pengalaman sebenar mendapat demam campak. Sekarang aku
dah boleh kata, ‘aku tahulah, sebab aku dah kena. Nanti jadi macam tu..macam
ni..’ Haha.. Haruslah diingatkan, jangkitan demam campak dewasa adalah lebih
teruk dan serius berbanding demam campak kanak-kanak umur kurang setahun.
Cuma, cabarannya
sebab aku kena masa minggu kedua tengah syok raya. Gelembung-gelembung air saiz
sederhana atau ruam-ruam (blisters) tu banyak
pula tumbuh di muka. Boleh kata keseluruhan muka aku temasuklah di bahagian kening
hingga pangkal telinga.
Sesungguhnya, parut demam campak pada orang dewasa tak semudah menghilangkan
parut demam campak budak-budak. Cobaan.
Kronologi Demam Campak
Sebelum
1. Aku
dikelilingi hampir seminggu oleh anak-anak saudara aku (yang telah pun
dijangkiti demam campak) kerana diorang dikuarantinkan di rumah aku. Dikelilingi bermaksud, aku lepak makan dengan
diorang, duduk sama-sama tengok tv dan sebagainya. Padahal aku dah pakai topeng
penutup hidung dan mulut.
Virus
demam campak (varicella) disebarkan melalui udara seperti batuk atau bersin.
2. Lebih
kurang dua minggu selepas itu, aku perasan adakalanya pandangan aku tiba-tiba
kabur. Aku tak boleh nampak tarikh pada kalendar (jenis yang standard ada lumba
kuda) dalam jarak yang dekat. Aku fikir aku rabun. Ni tanda-tanda penuaan ke?
Bisik hati aku. Aku dah sedih.
Tempoh jangkitan
boleh berlaku dalam tempoh 10-21 hari.
3.
Kemudian, aku mula terasa pening (berat kepala) dan lemah badan. Suhu badan
meningkat. Aku demam. Aku cuti kerja sehari (Hari Rabu) sebab memang dah tak
larat. Dua hari seterusnya (Khamis & Jumaat) aku kerja seperti biasa pasal
aku ingat demam dah sembuh walau masih pening kepala dan pandangan semakin
kurang jelas.
Simptom
demam campak; Demam tinggi, batuk, selesema dan sakit tekak, mata berair dan
sensitif kepada cahaya, sakit otot
4. Aku
tiba-tiba terjaga di awal pagi hari Isnin minggu seterusnya. Badan rasa rimas
dan miang. Ketika tangan aku menggaru ke bahagian pinggang, dah terasa timbul
ruam-ruam berair dalam 4-5 biji. Aku ingat ruam biasa. Aku pecahkan pasal
memang aku suka picit ruam. Aku sambung tidur. Bangun semula nak solat subuh, Ya
Allah..banyaknya ruam kat badan! Sah,aku demam campak!!!
Ruam
akan kekal selama 4 – 7 hari. Jangan sesekali picit ruam. Semasa ruam timbul,
suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain
dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Semasa
1. Aku
terlantar 2 minggu atas katil. Tak larat nak bangun langsung. Tak berselera
makan. Berat aku susut 3 kilogram. Minggu kedua aku minum air kelapa
tiga hari, sekali sehari. Kata orang, air kelapa berupaya mengeluarkan semua
bisa ruam-ruam campak sehingga habis. Tapi aku tak nampak sangat pun perubahan
yang signifikan. Mungkin sebab sepatutnya air kelapa ni harus diminum di awal-awal
jangkitan.
2. Aku tetap
membasahkan diri dengan mandi air campuran sodabikarbonat sehari sekali.
Pantang larang orang tua, tak boleh mandi masa kena demam campak. Tapi aku tak
boleh tak mandi pasal nak solat rasa tak bersih. Jadi, aku research. Petuanya mandi
sebaldi air dan ditambah 2 sudu teh soda bikarbonat boleh mengurangkan
kegatalan. Ia tak merubah pun warna air. Tapi bila mandi kulit rasa licin sedikit
macam mandi dengan minyak. Dan hasilnya memang tak gatal.
3. Bekas
ruam demam campak tidak serasi dengan apa jua krim yang berasaskan minyak.
Setelah aku pastikan tiada lagi tumbuh ruam baru, aku mulakan operasi
menghilangkan parut. Rupanya, tak sesuai guna virgin coconut oil atau gel
gamat. Memang semakin hitam parut. Aku cuba letak bedak sejuk, tapi aku pulak
yang tak selesa bila kulit muka rasa tegang.
4. Aku
berusaha mengamalkan segala pantang-larang lain seperti mengelakkan makan kicap, terkena air hujan,
berada berhampiran dapur ketika orang menggoreng dan tak makan telur.
Selepas
1. Setelah
sembuh daripada demam, tinggal lagi kena gigih hilangkan parut. Selain daripada
menggunakan produk Mary Kay, aku juga cuba ikut petua lama dengan membasuh
muka dengan jus lemon. Hiris nipis lemon, sapukan jusnya terus ke muka. Kulit
muka setiap orang berbeza. Jangan banyak sangat nanti pedih. Muka aku ok je
walau aku tonyoh hirisan lemon tu. Aku buat 3 minggu tapi kesannya tak begitu
ketara.
2. Selepas
jus lemon, aku cuba pula cuci muka dengan sodabikarbonat. Habislah 2-3
botol saiz sederhana sodabikarbonat yang orang buat bahan kek tu. Pun aku tak
berpuas hati dengan hasilnya.
3. Kemudian
aku mencuba petua menggunakan kulit kayu manis. Melalui pembacaan
daripada pelbagai blog, aku rumuskan hanya kulit kayu manis yang halus selamat
untuk digunakan. Jangan guna serbuk. Aku kikis kulit kayu manis pada batu
pengasah mak aku (zaman ni dah susah nak jumpa) dengan sedikit air dan sapu ke
muka dua kali sehari. Keberkesanannya tidak dinafikan lagi. Memanglah pedih
tapi puas hati. Dalam 3 minggu, parut demam campak semakin menipis dan hilang.
4. Empat bulan tempoh yang aku ambil untuk betul-betul mendapatkan wajah yang lebih meyakinkan tanpa parut hitam. Lekuk-lekuk di kening dan pipi tu dapatlah nak aku pulih seperti asal. Seolah rekahan di bulan. Buat kenangan. Haha...
Aku tak
dapat bayangkan keadaan aku kalau aku masih bekerja di pejabat saat aku
mengalami semua ni. Bagaimana aku nak berhadapan dengan client dan supplier? Pakai purdahlah jawabnya. Ahakks!!
Nasihat aku, jangan senang hati bila dah kena demam campak kali pertama. Kerana tak mustahil anda juga boleh merasainya lagi buat kali kedua. Na'uzubillah.
1 comments:
Note:
SAKIT URAT SARAF, LENGUH2 BADAN&
• Jus herba ini boleh mengurangkan sakit2 urat saraf tidak kira usia
• mengurangkan Lenguh2 tumit kaki, tapak kaki, & sukar berjalan akibat kerosakan saraf
• mengurangkan Lenguh2 seluruh badan kerana sakit tua & akibat kerja berat
SUMBER KALSIUM
• Menambah kalsium pada tulang
• Menguatkan semula tulang
KENCING MANIS
• Pesakit kencing manis makin bertambah dlm masyarakat kita.
• Ia blh dihidapi oleh individu tanpa peringkat usia.
• Paling menyedih kan penyakit kencing manis ini boleh merebak ke organ lain iaitu buah pinggang yg blh membawa kerosakan.
•Maka jus herba mampu mengawal dan mencegah kerosakan buah pinggang yang berpunca dari pada penyakit kencing manis kerana risiko kencing manis akan ke buah pinggang akhir nya…memang patut mencegah dari kerosakan buah pinggang
• Amat elok diambil bagi pesakit kencing manis yg bertujuan menjaga buah pinggang.
• Digalakkan mengambil jus herba ini bagi pencegahan serta rawatan awal.
info- Ia bukan lah jus herba yang memanaskan badan anda malah badan anda akan rasa selesa dan tidak panas badan.
-Untuk mendapatkan info lebih lg tentang jus herba ini,sila hubungi en zuhairi. Penerangan akan diberikan setelah anda memaklumkan penyakit yang anda hadapi.maka jus2 herba yg sesuai akn disyorkan.
Order: CALL,WhatsApp @
Encik Mohd Zuhairi -
017468 7570
#sharepadayangmemerlukan
Post a Comment