Bon Voyage 2015..!! Siapa sangka untuk tahun
baru 2016 ini aku menyambutnya di sini. Tidak di Malaysia. Bukanlah sebelum ni
pun tarikh tahun baru disambut meriah bagai, cuma tahun ini kenangannya pasti
berbeza sebab momen 12 tengah malam hari terakhir 2015 aku di Glasgow. Hogmanay
2015. Bahasa Scottish maksudnya new year’s eve.
Dan ntah kenapa aku memilih datang ke sini
tengah-tengah musim sejuk beku. Haha.. Hampir setiap hari cuacanya glommy,
windy, rainy not sunny at all. Kalau ada matahari pun sekali dua, masih
udaranya dingin membeku. Pernah sampai -2oC. Berdarah hidung. Cabaran
sungguh.
Sekarang baru pukul 3.22 petang, tapi
suasananya dah macam pukul 7 petang di Malaysia. Kalau datang angin, memang
seram bunyinya. Dari dalam rumah sudah dapat dibayangkan betapa kuatnya angin
di luar. Seolah ditolak-tolaknya badan kita kejap ke tepi, kejap ke depan ikut
arah angin. Masya Allah. Melayang-layanglah kalau yang berbadan kurus sekeping.
Yang tak kurus pun dah menyenget-nyenget.
Memang inilah keadaannya bila masuk winter. Cuma
kali ni katanya lebih teruk sikit dari tahun lepas. Awal minggu masa aku mula
sampai, hujan je memanjang. Akibatnya ada sesetengah area di north Scotland
yang banjir. Mencapai paras peha la jugak airnya. Boleh ke panggil banjir kilat
like Malaysia? Oppss.. Tapi jangan tak tahu, dalam cuaca yang macam ni, mat
saleh-mat saleh kat sini steady je berjogging, berbasikal, berjalan-jalan berteman
anjing memasing. Takde hal. Cuba kita di Malaysia, ape nak cari penyakit
meredah hujan? Hujan asid! Hihi..
Bila salji nak turun ni? Hurmm.. Pastinya aku
sangat excited once melihat ais-ais turun dari langit nanti. Mau tak hairan! Tak
sabar nak buat Orlaf sendiri. Walaupun salji adalah sesuatu yang biasa bagi
orang-orang di negara empat musim tapi aku tetap rasa ianya adalah sesuatu yang
luar biasa dan indah. Iklim kitakan tak sama. So so beautiful to see everything
is white. Clean air. Subhanallah! Bersih suci murni. Like in Charlie & Choc
Factory atau Narnia (Hah! banyaknye pengaruh cerita budak-budak!). Kalau
keindahan dunia macam ni pun kita dah rasa ta’ajub, apatah lagi keindahan di
syurga. Allahu Akbar. Tapi ramalannya mungkin tiada salji tahun ni. Sedih.
Oh Tidakkk! Kulitku Kering & Mengelupas
Untuk hari-hari permulaan aku di sini, kulit
muka especially mulut, dagu, hidung dan dahi hydrate. Masya Allah! Weh, apa nak
pakai ni? Rupanya krim pelembab aloe vera yang aku guna tu tak berkesan. Sangat
struggle meletak segala bagai krim pelembab dan bio-oil supaya tak mengelupas
teruk. Minum air kosong banyak-banyak dan makan vit c. Yang paling mujarab
rupanya bila kerap sapu vaselin. Lama-lama bibir pun dah tak mengelupas.
Bahagian hidung dengan dahi pun ok. Alhamdulillah!
Dan sebaiknya bila keluar
elakkan dari menggunakan krim pelembab yang jenis berminyak. Tak sesuai. Lips
balm aku pun tak boleh pakai jenis yang ada flavor atau warna. Kering habis
bibir. Dan juga aku tak perlu susah-susah nak pakai foundation atau base make
up sebab dalam keadaan cuaca yang frost ni, kulit macam aku memang jadi hodoh. Bila
dah kering, jadi la mengelupas. Akhirnya tinggal parut. Tak kuasa jemah!
What to do first? Hurmm...
Sebut pasal cuaca yang sangat sejuk, aku pun
sibuklah jugak nak mencari kot ke, jaket ke yang aku dah bayangkan dalam kepala
otak aku ni. Berangan sangat dapat cari ala-ala kot Victoria Beckham yang labuh
warna hitam tu kan. Mampu ke? Hihi..
Yang pasti boleh dapat harga yang lebih murah
dengan kualiti yang lebih baik di sini berbanding beli di Malaysia. Selain tu kalau
kita beli kat Malaysia, kemungkinan kita akan terbeli jaket yang warna cerah-cerah
macam pink-pink ke, merah ke, purple ke, oren ke kan sebabnya biasalah kita kan
orang Malaysia suka benor nak pakai yang warna warni gitu. Hakikatnya bila kat
sini, jaket musim sejuk kebiasaannya adalah berwarna lebih gelap seperti hitam,
coklat, kelabu atau dark blue tak pun putih.
Setakat ini aku tak pernah lagi
nampak orang pakai jaket yang berwarna terang kecuali budak-budak dan costume
santa claus. So selamatlah aku tidak terlebih awal membeli jaket warna favorite
aku. Malaysia sangat! Haha..
Tapi tak bermakna takde jaket berwarna cerah
kat sini. Kalau nak jugak jaket warna terang, ade je aku jumpa kat bahagian
outdoor activities macam untuk skating kut. Tak pun macam yang aku nampak orang
pakai jaket cerah ni bila time berjogging atau berbasikal.
Maka berjalanlah aku ke H&M, Mark Spencer, Primax,
pendek kata merata-ratalah menjelajah City Centre Glasgow. Serious rambang
mata. Tapi takdela pulak aku nak berhabisan semata-mata untuk jaket kan. Akhirnya,
dapatlah aku sehelai jaket berwarna hitam yang labuh sampai lutut dengan harga £45.
Victoria Beckham in the house! Haha..Bolehla kan.
Language Barrier. Slang Scottish.. Stress!
Ingatkan dah fasih benar aku ni berbahasa Inggeris
tapi rupanya bila sampai sini, Ya Allah! ape diorang cakap ni??. Selalula
terpaksa minta diorang ulang balik. Susah benar nak dengar jelas apa yang
diorang cakap. Haiyya, ya-nid ainy ep daire? (Hi ya, you need any help there?) Macam
seluruh perkataan tu bila disebutnya bersabdu dalam satu ayat. Disambungnya
semua.
Kenapa aku tak paham ni? Haha.. It’s gonna take
some time I guess. Patutnya sebelum datang sini kena banyak tengok movie
scottish. Praktis. Terus membuatkan aku terfikir. Hikmahnya Al-Quran tu dalam
satu bahasa kan. Pusingla ceruk mana pun dalam planet ni, semua orang
menyebutnya dalam bahasa yang sama, tafsiran sama, pengertian yang sama. Besarnya
mukjizat Al-Quran Kalamullah.
What’s on...? Sale! Sale!
Masa aku sampai sini, Glasgow tengah happening
nak sambut Krismas. Ada satu hari khas jualan murah dipanggil Black Friday,
ala-ala Malaysia punya Hari Sogo. Orang punyalah ramai. Pukul 5-6 pagi dah
beratur sakan. Dah macam kat Jalan TAR masa nak raya. Ada satu hari lagi dipanggil
Boxing Day. Pun sale giler-giler. Half price. Tapi tak seramai Black Friday. Aku
pun tak sure kenapa di panggil Boxing Day. Sampai dalam tv siap ada tayangan
istimewa sempena Boxing Day. Yang paling heaven, apa lagi kalau bukan perfume.
Iklan perfume kat sini mengalahkan iklan McD. Haha..
maksud aku kalau kat Malaysia, kejap-kejap iklan McD, kejap-kejap iklan KFC,
pastu Pizza. Pendek kata makanan. Tapi kat sini, waktu perdana, iklan cari
makan is perfume. Sampai aku yang bukan peminat perfume ni dah boleh hafal
segala jenama. See how powerful the media is. They are the one who control what
people should see or should not.
Bayangkan kalau la media kita di Malaysia ada
sedikit rasa tanggungjawab and disokong by law makers perhaps kita boleh
membantu membentuk pemikiran rakyat untuk berfikir dan hidup dengan lebih baik.
Not just as a matter of profit seeking perse.
Anyway, selain festival-festival music yang
macam okestra dan koir kat sini, acara wajib nak Krismas (#GlasgowLovesChristmas)
dipanggil Lights On George Square. Pasang semua lampu serentak. Siapa tak teruja
tengok banyak lampu lip lap, rusa-rusa berlampu dan pokok-pokok krismas besar
yang digantung hiasan. Dan Santa Claus. Kalau sakinah ada ni mengangala mulut
budak tu. Mesti excited. Terang benderang George Square. Bila malam lagi
crowded dengan orang-orang yang main ice skating, eyes on wheels, merry goes
around, tempat lepak-lepak minum kopi, sangatlah riuh rendah.
Romantik Grandpa & Grandma Couples
Sesuailah dengan makna Glasgow ‘Taman Hijau’
tak silap aku baca kat mana ntah. Mengambarkan suasananya dan tempat yang indah
lagi romantik. Begitulah juga dengan orang-orangnya. Pemandangan yang aku tak
selalu nampak di Malaysia. Di mana-mana sahaja, seriously kat mana-mana pun
akan nampak pasangan orang-orang yang dah beruban, bertongkat, kulit kedut
seribu berjalan berpegangan tangan. What a lovely!
Aku tak rasa ini biasa di Malaysia sebab jarang
sangat kita nampak orang-orang tua shopping di Bintang Walk ataupun lepak-lepak
di café atau yang dah bertongkat ke Tesco kan. Tapi kat sini, di bandar pun ada
orang-orang tua berjalan tanpa anak-anak ada sekali, naik bus, beratur membayar
barang, berurusan di pejabat even ada kaunter khas untuk pesara. Aku rasa
bandar ni mesra warga emas.
Cuba bayangkan di Malaysia, group pencen naik bus.
Agaknya berapa ramai yang kisah nak bagi tempat duduk? Pasal manners pun kena
buat iklan. Yang iklan komuter tu kan. Kalau kat hospital kerajaan boleh tengok
betapa ramai orang tua yang beratur ambil darah. Nama je masyarakat yang
tinggal di negara Islam, tapi sayangnya hanya pada nama bukan pada jiwa. Huhu..
Dan aku membuat hipotesis, ramai warga-warga emas
kat sini yang masih panjang umur dan cergas fizikalnya sebab salah satunya
mungkin diorang sentiasa mendapat sokongan emosi dari pasangan masing-masing. Sentiasa
disayangi dan menyayangi. Regardless of how old they are. Makin tua makin
romantik. Boleh buat kajian kepuasan hidup pesara kat sini to look for the significant. Orang Malaysia pemalu. Aku pun lupa bila kali terakhir tengok mak ayah
sendiri jalan berpegangan tangan. Ahaks!
Sunday Market.. Lelong, lelong!
Ingat kat Malaysia je ke ada pasar lambak? Kat
sini pun ada. Tapi lagi ‘kelas’ barang-barang yang dijual. Yang dah nampak tak
boleh guna pun masih dijual. Ibaratnya macam masing-masing bawak barang dari
rumah, agak-agak dah tak boleh pakai atau tak nak guna, jual. Tapi ada juga
barang-barang baru. Banyak la jugak bahagian kat sini macam untuk buah-buahan,
makanan kering/basah, pakaian, peralatan kereta, peralatan rumah etc.
Lagi menarik dan berharganya kat sini aku boleh
nampak sisi lain Glasgow. Di sebalik imej moden klasiknya tu, terhimpunnya kat
sini kelompok masyarakat luar yang menjadikan Glasgow ni lagi unik. Mendengar
percakapan diorang aku rasa kebanyakkan penjual-penjual kat pasar ni dari
Poland, Pakistan, India, China, Iran, Afghanistan, African dan wajah-wajah yang
tak dapat aku kesan asal mana. Aku tak jumpa lagi Malaysia tapi dah terjumpa
Indonesia.
Actually nama Malaysia bukanlah asing sangat
pun kat sini. Dekat area aku tinggal, lebih dari tiga restaurant Cina yang
letak nama Malaysia pada board kedai diorang. So agaknya ramailah jugak orang
Malaysia kat sini kan. Tak pun, mungkin rakyat Malaysia ni are so pround to
present themselves as from Malaysia. Thumbs up guys!
Tapi pernah sekali aku mencari kedai menjual sovenir.
Selalunya setiap kedai yang aku masuk, bila tahu aku dari Malaysia, sure
diorang akan puji Malaysia is beautiful place and so on. Cuma dalam
banyak-banyak kedai, aku singgah di kedai yang taukenya Scottish. He is a quite
old man. As usual, orang-orang Scottish ni very friendly, tanya aku cari apa
and dari mana. Bila aku cakap aku dari Malaysia, nak tahu dia kate apa? ‘Oh,
Malaysia is terrible!’ Aku? Tak kata apa. Terbahak-bahak kawan aku gelakkan aku
kat luar kedai. Huhu..
So harapnya aku boleh consistent merakamkan
segala momen perjalanan selama aku kat sini. A lot of things to share, to learn
and to be happen really. Apatah lagi bila mengenangkan apa yang dilalui
sekarang pastinya sesuatu yang tak mungkin dapat aku ulangi. Once in a life
time.
Setakat ini dulu. Lang may yer lum reek! Slainte!
0 comments:
Post a Comment