Berat badan naik! Arghhh...
Aku rasa antara perkara yang menjadi utmost
concern terutama kita yang Muslim ni pasal makanan. Alhamdulillah, setakat ni
soal makanan memang tak pernah menjadi masalah. Jangan tak percaya, tiga minggu duduk sini,
berat dah naik sampai 3 kg. Hadoii.. Sedap sangat menikmati kebab Turki dan
pizza Arab dekat Maryhill. Seminggu makan kebab je. Kebab kambing kat sini,
Masya Allah! So juicy. Marvelous! Pendek kata, jangan risau kalau nak bercuti
ke sini. Kat bandar Glasgow pun ada kedai makanan halal. Tapi kalau nak cari
yang cop Halal Jakim tu memang tak de la ya.
Kebanyakannya makanan selera Arab. Biryani,
nan, kari kambing, ntah apa jenis salad bagai, banyaklah lagi. Tak pun menu Pakistan.
Macam-macam manisan ada. Di Glasgow ni, aku tak jumpa lagi kedai makanan
masakan Melayu. Kalau ada satey atau nasi goreng, yang jual hanya di restaurant
Cina. Mungkin ada di area lain Scotland. Kalaulah ada, nak je cari nasi lemak. Haha..
Kalau tak nak beli makanan siap, nak masak pun
boleh. Ada satu tempat namanya Pollokshaws. Majoriti penduduk kat situ
Pakistanis. Boleh dikatakan hampir semua kedai makanan area tu menjual makanan
yang halal. Kalau nak masak sendiri kat rumah, boleh je beli daging lembu, kambing,
ayam, sosej, bahan-bahan mentah yang halal di pasaraya kat sini. Even boleh
jumpa macam-macam rempah yang tak jumpa kat Tesco. Menanau aku online google
translate. Dah mana tahu nama rempah semua dalam English. Seronok aku sampai
situ.
Dalam kepala ni duk fikir nak masak ape eh? Aku
beli kacang tanah. Konon nak buat nasi impit. Masalahnya, nasi impit tu nak
buat macam mana? Ni la akibat kalau dah setiap kali dulu nak makan nasi impit,
beli je yang segera Adabi. Balik rumah rebus. Siap. Ni semua salah Adabi. Haha..
Akhirnya, aku masak tom yam. Lemon grass iaitulah serai yang biasa aku selalu
minta ayah ambik je kat kebun belakang rumah, kat sini harganya 6 batang = £2.
Hampir RM13 lebih. Rase je nak kunyah serai tu semua.
Ada sekali tu, ntah kenapa tekak ni
mengada-ngada nak makan jagung. Musim sejuk macam ni kan memang sedap je nak
makan yang rebus-rebus, panas-panas. Tak susah pun nak mendapatkan jagung. Kat
Tesco semua ada. Cumanya, harga untuk dua tongkol jagung = £1.45. Lebih kurang
RM8 lebih, boleh dapat seplastik penuh kat pasar tani.
Stop. Rasanya aku kena berhenti menilai dan
membandingkan sesetengah harga barang di sini dengan Malaysia. Kalau tak, aku
tak kan sanggup nak beli apepun. Ahaks!
Sebut pasal makanan halal, aku rasa orang Islam
Malaysia lah yang paling bertuah. Siap ada Jakim yang pastikan tahap kehalalan
produk makanan yang kita beli. Ditanggung halal. Kat sini, asal yang menjual tu
dari negara Islam, kita terpaksa meyakini makanan yang dijual adalah halal.
Tapi kita tak tahu cara proses, pembuatan, pengilangan macam mana. Siapa nak
tanggung? Well, it’s actually a good chance kalau Jakim or any bodies kat
Malaysia yang working on halal labelling expand kat sini, since none had
established I guess. To help our Muslims people to be more aware of what are
they eating.
Gorbals, Kiblat & Asma
Lagi satu area yang kebanyakkan Muslim di
Gorbals. Ikutkan sejarah, ni adalah penempatan Muslim terawal di Glasgow. Sebab
tu, masjid utama Glasgow namanya Central Mosque letaknya kat sini. Memang besar
masjidnya. Muat lebih 2 ribu jemaah. Mula-mula aku agak keliru dengan waktu
solat kat sini. Rupanya waktu masuk asar tu ada khilaf antara mazhab. Ada dua
waktu. Waktu yang pertama adalah mengikut Syafi’e.
Aku pun khilaf dengan diri sendiri masa nak
pastikan arah kiblat. Walaupun aku duduk dengan family Muslim tapi awalnya aku
tak yakin dengan arah kiblat sebab setahu aku arah kiblat menghadap matahari
terbenam. Akhirnya teserlahlah kebodohan aku pasal geografi dan pemahaman aku
pasal kompas. Huhu..
Memangla semua orang Islam solat menghadap Kaabah,
tapi tak semua kedudukan negara sama macam Malaysia! Setelah membuat rujukan,
mendownload empat lima application petunjuk kiblat dan setelah berkali-kali
mencuba, aku jumpa arah kiblat 118o SouthEast. Arah yang selama ni
aku mula solat kat sini. Baru yakin dan tenang. Was-was itu syaitan.
Ikutkan buat masa ni takde la beza benar waktu
solat. Yang lain sikit dengan Malaysia, antara Zohor dengan Asar tu pendek.
Dalam sejam lebih je. Pukul 6.00 petang dah isya. Masa mula-mula membiasakan
diri dengan waktu solat dan waktu siang yang pendek kat sini, aku terpaksa
menahan mata untuk tidak terlelap awal. Kalau pukul 7 atau 8 malam dah
tertidur, alamatnya terkebil-kebil la mata pukul 2 pagi. Apasal tak siang-siang
lagi ni? Haha.. Memang cuaca kat sini sangat menduga kita untuk tidur. Yela,
pukul 4 petang dah gelap. Sejuk pulak. Pantang letak kepala. Kat mana-mana pun
jadi. ZZzzzz...
Aku pernah sekali solat kat Central Mosque tu.
Arahan Imam dalam bahasa urdu. Arahan ye, bukan bacaan dalam solat. Kang silap
faham pulak. Pertama, sila off kan handphone dan kedua, rapatkan saf. Tapi aku tetap
dapat agak dan mengerti sebab ada perkataan yang lebih kurang macam handphone
dan saf. Aku tak pasti pulak macam mana khutbah Jumaat. Mungkin dalam bahasa
Inggeris. Bila solat kat sini, sangat-sangat mengingatkan aku suasana solat di
masjid masa study di UIA Gombak dulu. Indahnya bila semua Muslim dari pelbagai
latar belakang, warna, bahasa, budaya berkumpul untuk satu tujuan. Rindunya.
Masa aku singgah masjid tengah ada edaran
makanan untuk orang miskin dan gelandangan by Islamic Relief kalau tak silap. Panjang
barisannya. Aku nak tengok dekat tapi tak berani. Aku rasa ni pertama kali aku
dapat lihat sendiri keadaan yang macam tu. Sedih dan insaf. Aku kemudian terus naik
ke ruang solat wanita di atas. Usai solat, sebelah aku rupanya salah seorang yang
menerima bantuan makananan tadi. Aku terpandang pada beg plastik yang dibawa.
Aku bersalaman dan memperkenalkan diri. Dia
terus ketawa bila aku beritahu yang aku dari Malaysia. Katanya, ramai orang
yang tersilap menyangka dia juga dari Malaysia. ‘So, this is how Malaysian look
alike’. Aku pun tergelak. Memang ada wajah orang Melayu.
Namanya Asma dari Bangladesh. Kisahnya dia dah
setahun di Glasgow atas tiket refugee. Umur 33 tahun dan dah pun memiliki 3 orang
anak. Yang sulung 18 tahun, 16 tahun dan 10 tahun. Terkejut aku. Tak sangka
sebab rupa dan fizikal dia langsung tak gaya orang dah berkahwin. Apatah lagi
ada anak sedewasa itu. Anak-anak masih di Bangladesh. Dia sedang berusaha
mencari kerja. Kalau masih tidak bekerja, dia mungkin akan dihantar balik.
Hidup di sana amat sukar cerita dia. Dia
terpaksa berkahwin seusia 14 tahun. Aku tak pasti pulak di mana suami dia.
Mungkin diorang sudah tidak lagi bersama. Dia perlu bekerja untuk menyara
keluarga. Nampak macam kisah yang sama atau kita biasa dengar pasal pelarian
kat mana-mana negara pun. Tapi yang menginsafkan aku dan menambahkan rasa
rendah diri, sepanjang dia bercerita, Subhanallah, tenangnya dia. Tersenyum je
sepanjang masa. Seolah dia bercerita kisah orang lain pada aku.
Hebatkan. Dari mana datangnya kekuatan seorang
wanita yang terpaksa jauh mengembara bersendirian ke sebuah negara asing,
dengan bahasa Inggeris yang tersekat-sekat, tanpa duit, tanpa apa-apa sijil
akademik, tanpa kemahiran. Allahu Akbar! Jauh aku memikirkan nasib Asma. Bagaimana
aku kalau di tempat dia.
Aku berasa sangat ralat sampailah sekarang
sebab langsung tak menghulur apa yang ada ketika itu. Sebelum pergi, dia masih
sempat mengajak aku bersama turun melihat orang-orang yang masih mengagihkan
makanan. Tapi aku terpaksa menolak memandangkan aku juga agak kalut untuk
bersiap.
Mengembara seperti ini, sangat membuka mata aku
tentang kehidupan. Menambahkan rasa syukur. Meningkatkan nilai kehambaan. Sebab
itu aku percaya, kita jangan terlalu risau atau bersedih untuk apa yang kita
belum tentu tahu akan terjadi di masa hadapan. Hanya berfikir dan merancang tak
mengapa. Ketentuannya itu semua di tangan Dia.
Yang penting apa yang kita lakukan hari ini,
segala perbuatan kita hari ini mesti kita lakukan dengan ikhlas dan berlapang
dada, positif dan gembira supaya setiap detik akan lebih bermakna dan kita rasa
puas melaluinya dengan apa yang kita ada. Sekurangnya-kurangnya kita dapat
menikmati hayat sebaiknya kerana esok belum tentu untuk kita.
Setakat ini dulu. Lang May Yer Lum Reek! Slainte!
0 comments:
Post a Comment