Barangan
Terpakai.. Why Not!
Aku sebenarnya tak sure dengan sistem di UK ni
lagi. Adakah kalau kita terlibat sebagai sukarelawan atau berbuat sesuatu untuk
tujuan kerja-kerja kebajikan tu bermakna kita boleh dikurangkan dari membayar
cukai? Sama macam keadaannya kalau kita membayar zakat kat Malaysiakan.
Tapi yang aku pasti kat Glasgow ni, ada banyak
sangat kedai-kedai barangan terpakai yang dinamakan atas organisasi kebajikan.
Dan yang bestnya, walaupun barang-barang tu semua second-hand, tapi nampak masih
elok dan berbaloi untuk dibeli. Dan pelanggan yang boleh tahan ramai. Ada satu
kedai charity yang aku pergi, menjual perabot-perabot. Sofa, meja makan, katil,
kusyen semuanya takde yang rosak, cat pun cantik lagi dan tersangatlah murah.
Depan pintu kedai, ada signage tulis ‘Only Good Condition Furniture For
Donation’.
Jadinya yang aku faham, tentulah
pemilik-pemilik barang ni mendermakan barang untuk dijual tanpa ada apa-apa
pulangan kan. Macam tu jugak buku-buku. Aku sempat beli beberapa buah buku.
Serious seolah-seolah buku baru. Malah aku jumpa buku Long Walk To Freedom
pasal Nelson Mandela. Buku tu aku baru je beli kat MPH beberapa bulan lepas.
Kalau bernasib baik, akan jumpa banyak lagi buku-buku yang masih dipasaran kat
sini. Untuk aku yang memang bukan pengumpul buku ni, pada aku tak kisahlah
kalau bekas tangan orang pun asalkan dapat membaca kisah yang sama.
Teringat
pulak aku, sorang kawan kaki novel masa aku study dulu. Punyalah cermat dan
sayangkan koleksi buku-buku dia. Bila baca, nak selak pun kena hati-hati takut
terkopak di tengah-tengah kulit luar buku. Siapalah yang berani nak meminjam
kalau dah macam tu? Haha..
Buku-buku ni ada yang dijual semurah £1.45 (Buy
1 Free 3). Ada yang 99¢ sebuah. Ada yang 50¢ (beli empat dapat free paper bag lagi).
Bergantung pada jenis buku. Tetaplah murahkan. Bukan novel je, buku akademik
pun ada. Aku beli buku pasal Communication Skills by Bernice Hurst. Sebab apa
aku beli. Pertama, sebab background aku dalam bidang komunikasi. Kedua sebab
aku rasa, dalam banyak-banyak buku rujukan communication, ni lah antara buku
yang menjelaskan apa itu komunikasi secara mudah dan faham tanpa terlebih awal intro
bagai dengan teori comm. Thumbs Up!
Kaedah pembelajaran yang bagus pada aku,
seharusnya tak terlalu terikat dengan teori. Bergantunglah pada course apa kan.
Banyakkan bagi contoh atau simulasi. Tapi pengalaman aku, sistem pembelajaran
kita memang macam tu. Chapter pertama syllabus selalunya teori dulu. Sehinggalah
aku sambung master pun tak berubah. Tepu otak. Ahaks!
Kalau ada sesetengah barang yang warnanya dah
tercalar sikit-sikit tu adatlah. Ada set pinggan mangkuk yang branded tapi
mungkin sedikit retak. Barang-barang mainan pun masih boleh diguna cuma mungkin
kotaknya dah kerenyot . What do you expect? Sesuailah dengan konsepnya kedai
terpakai. Tapi tak menjadi masalah sebab kita akan dapat barang yang baik
dengan harga yang terlalu murah. Dan mesej yang paling penting, untuk tujuan
amal.
Tanyalah Diri Sendiri..
Melihatkan betapa mewahnya masyarakat kat sini
terhadap konsep memberi dan beramal, aku mulalah mereset pemikiran dan
pandangan aku tentang bersedekah ni. Kenapa kita di Malaysia tak banyak
kedai-kedai yang macam ni? Memanglah takde istilah sedekah dan pahala di negara
omputih ni, tapi kebajikan tu antara lain maksudnya menterjemahkan amalan yang sama dengan bersedekah la
jugak kan. Kita kan ramai orang Islam. Tentu kita lebih faham tentang kelebihan
bersedekah dan ganjaran pahala yang diterima.
Tak dinafikan akhir-akhir ni, timbul kesedaran
masyarakat kita terutama individu yang memang aktif dalam kerja amal ataupun
yang pernah tinggal di luar negara untuk mula menghidup dan menggerakkan
kedai-kedai terpakai untuk tujuan mengumpul dana. Tapi setakat ini berapa
jumlah yang ada? Sambutannya bagaimana?
Mungkin aku silap. Tapi aku rasa kebanyakkan
kita tebal rasa malu nak membeli di kedai terpakai. Kita masih ada persepsi
membeli barangan second hand ni untuk orang-orang yang tak berduit. Atau
barangan terpakai tak de kualiti. Sebab kita adalah masyarakat yang selalu
mengharapkan lebih dari apa yang kita beri. Mungkin kita bayar barang harga
sepuluh ringgit tapi kita suka menjangkakan barang yang seperti seratus ringgit
harganya.
Kalau tak, tak delah pulak keluar video sindiran tentang
perkara-perkara yang hanya berlaku di Malaysia tu kan. Salah satunya pasal
masyarakat kita yang sangat sinonim dengan barang-barang percuma. Beli laptop
satu, tapi kisahnya dari beg sampailah ke skrin laptop nak free. I bayar hokeyy!
Haha..
Aku rasa kalau kereta tak semahal harganya
sekarang, mungkin kedai kereta terpakai pun takde kat Malaysia. Semua orang nak
guna kereta first hand. Tak mampu, masih boleh hutang bank. Ataupun orang kita
takde apa nak di sedekahkan sebab memang takde barang yang elok, yang tak elok
dah dibuang atau kalau pun masih elok, pasti ada harganya.
Aku pernah mendengar kisah keluarga yang hanya
berjual beli barang yang sudah digunakan sesama ahli keluarga. Si Kakak berura-ura membeli tv baru, lalu
menjual tv lama separuh harga kepada Si Adik. Si Abang tidak lagi menggunakan
laptop yang telah digunakan bertahun-tahun lamanya, menjualkan kepada Si Kakak.
Ntahlah. Minta maaf, aku tak setuju. Tak salah menjual kepada ahli keluarga,
tapi bergantunglah kepada barangnya juga. Kalau kenderaan, mungkin ada logiknya
sebab begitu banyak kos yang telah dibelanjakan. Tapi kalau barangan kegunaan
yang biasa, apa salahnya bersedekah atau lebih baik menghadiahkan sahaja. Maka
berpanjanganlah pahala.
‘Biarlah dibayar sedikit. Kalau tak, nanti tak
appreciate’. Pulak dah.
Tak pun tengoklah situasi kita masa banjir. Aku
yang terlibat mengumpul barang-barang derma dari orang ramai ni, sangat
terkilan bila ada yang mendermakan baju-baju lama yang dah pun berbau lipas dan
kuning. Berkotak-kotak. Ada sesetengah tu baju-baju yang dah koyak atau tak
lengkap sepasang. Begitu juga dengan makanan. Ada yang dah tamat tarikh luput.
Agaknya lebih baik derma dari dibuang begitu sahaja. Soalnya, berpahalakah kita
menderma barang yang tidak berguna? Matlamat tidak menghalalkan cara.
Samalah jugak halnya di pejabat. Bos-bos yang
dah memang gaji berkepuk-kepuk, kereta, handphone semua atas tanggungan
jabatan, bila kurang sedikit claim, bising menggila. Walhal ada staff-staff
bawahan yang gaji ciput langsung tak kisah dengan kerja lebih masa tanpa menuntut apapun.
Tak semua, tapi realitinya berlaku di mana-mana.
Sebab tu aku yakin, fahaman kita khususnya masyarakat Islam di Malaysia tentang
konsep derma dan sedekah ni masih kabur. Aku pun tak searif mana, tapi cukuplah
dengan merenung keadaan yang aku dapat lihat hari ni, betapa menyedarkan aku
bahawa bersedekah ini lagi besar nilainya bila memberi sesuatu yang kita
sendiri rasa ianya berharga buat kita tanpa mengharapkan balasan apa. Sungguh.
Setakat ini dulu. Slainte!
0 comments:
Post a Comment