Friday 3 March 2017

Bekerja Kerana Apa?

Niat bekerja yang utama pastinya kerana Allah. Aku juga bekerja kerana merasa ia adalah tanggungjawab. 

Orang lain bekerja kerana apa? 

Aku yakin orang yang bekerja hanya kerana diri sendiri, dia gagal untuk menghayati nikmat bekerja untuk 'memberi' apatah lagi menghargai peluang mencari rezeki yang diperoleh. Sebab itu sesetengah orang, mudah membuat keputusan berhenti kerja atas alasan-alasan yang tak munasabah dan masalah-masalah remeh yang dilihat sebesar gajah. 

Kerja tak sampai setahun, "Aku nak berhenti kerja yang ini, nanti aku carilah kerja yang lain". 

Mana ada kerja yang tak bermasalah. Kerja bukan tempat untuk lari dari satu tekanan ke satu tekanan. Sebaliknya kerja atas dasar tanggungjawab membuatkan kita berfikir sejuta kali sebelum mengalah dan mencuba berjuang sehabis daya untuk berhadapan dengan segala tekanan mahupun masalah. 

Apabila ia bukan lagi bermatlamat hujung bulan dapat gaji semata-mata, pekerjaan adalah ibarat universiti untuk kita membina keupayaan diri sendiri, meningkatkan kemahiran dan mencipta masa hadapan yang lebih baik. Dunia Akhirat. 

Aku sukakan cabaran menukarkan rutin kerja yang bosan dan biasa kepada bentuk gerak kerja yang bervariasi, menyeronokkan dan kreatif. Sebab pekerjaan yang bosan dan biasa, bukanlah alasan logik untuk aku berhenti kerja. 

Namun, semua orang punya perspektif yang berbeza. Begitu juga tahap seseorang menangani stress di tempat kerja. Cuma, mungkin sekiranya kita mempunyai tujuan yang jelas kenapa kita bekerja, akan membuatkan kita lebih bersabar sebelum membuat apa jua keputusan yang barangkali merugikan diri sendiri. 

~Sekadar berkongsi rasa

3 comments:

SW2 Team said...

Assalamualaikum, bagaimana saya nak berhubung dengan sis. Boleh email saya kat alamat ini. malaysiaalliance@gmail.com
Maaf mengganggu.

A Basir said...

tk..izin share

Anonymous said...

Assalam. Saya mahu dapatkan pandangan peribadi dari sis mengenai berhenti kerja kerajaan. Kalau sis free,boleh email saya ke ira_studenticon@yahoo.com tqsm