Sunday 5 February 2017

4 Perkara Cikgu Tadika Mesti Ada

        Jangan pandang profession cikgu tadika sebelah mata. Cikgu tadika sekarang dah tak sama macam cikgu tadika dulu. Walaupun student hanyalah anak-anak usia 4-6 tahun, kaedah pengajaran dan pendekatan dah di tahap professional. 

        Aku rasa ibu bapa budak-budak tu pun belum tentu dapat ajar anak sendiri sebaik cikgu tadika. Aku banyak belajar daripada cikgu-cikgu tadika yang lain. Yang mana sesetengah yang aku jumpa, aku rasa diaorang memang dilahirkan untuk menjadi cikgu tadika. Maksud aku, dengan bakat dan kemahiran ala-ala pakar psikologi kanak-kanak, dijamin anak-anak kecil ini dapat dibentuk dengan baik IQ dan EQ nya.

        Setelah beberapa lama aku terjebak dalam kerjaya pendidikan awal kanak-kanak, selain daripada kelayakan akademik, aku senaraikan 4 lagi kriteria untuk menjadi cikgu tadika yang awesome. 

1. Seorang yang sejak lahiriah sukakan kanak-kanak (bukan buat-buat suka) tetapi tidak pula berjiwa keanak-anakkan. 

~ Paling utama dia sayangkan budak-budak dalam apa jua situasi. Bukan hanya masa budak tu comel dan terurus sahaja. Budak berhingus ke, budak berkudis ke, budak busuk ke. Dia tetap ok.

~ Payahlah kalau dah cikgu tadika, mental & emosi pun macam anak-anak. Asyik nak bersuka ria sepanjang masa. Macam mana nak handle budak yang menangis, yang terbuang air kecil/besar, nak berurusan dengan penjaga, bekerja mengikut sistem dan teamwork, etc. Pasal tu lah aku rasa ada kes orang gila pun boleh tersilap di ambil bekerja di taska/tadika. 

2. Seorang yang kreatif.

~ Kreatif ni subjektif. Sekurang-kurangnya dia mempunyai minat dengan dunia kanak-kanak seperti kartun ataupun warna. Aku pernah tengok cikgu-cikgu tadika ni punyalah kreatif, diorang hasilkan Jalur Gemilang hasil daripada tapak tangan budak-budak yang diberus dengan water colour. 

~ Dalam dunia kanak-kanak, tak susah pun nak jadi seseorang yang berimaginasi dan penuh dengan idea-idea yang menyeronokkan. Kena fikirkan perkara-perkara yang menarik perhatian mereka. Extra point untuk seseorang yang gemar menyanyi dan menyampaikan pengajaran melalui lagu. Memang syokla budak-budak belajar. 

3. Seseorang yang tegas tapi fun

~ Bukan garang yang amat ala ibu tiri Cinderella. Cara didikan macam tu dah tak pratikal. Tegas kerana mahu mengawal budak-budak daripada hilang fokus. Aku ok je kalau ada cikgu yang siap pakai rotan. Bukan guna pun. Sekadar amaran bagi budak-budak duduk diam.

~ Yang soft lemah gemalai pun tak sesuai. Aku tak pernah lagi jumpa dengan cikgu tadika yang suaranya perlahan. Haha.. tahu jelah budak-budak sekarang.

~ Cikgu tadika mestilah fun pada karakter dan penampilan. Kalau boleh pakai baju yang colourful dan ceria setiap hari datang kerja. Tak percaya, tengok masa hari pertama pendaftaran tadika. Budak-budak akan mengerumuni cikgu yang tampil cantik bergaya dan nampak mesra. Karakter fun tak bermakna kena ketawa selalu, tetapi yang membuatkan budak-budak tak rasa takut untuk diajak bercerita dan bersembang. Budak kecil pun kalau dilayan pandai bergosip tau. 

4. Seorang yang ikhlas.

~ Dia menganggap kerjaya cikgu tadika sama seperti seorang ibu /bapa yang mengajar anaknya sendiri. Sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk memberikan yang terbaik.

~ Aku rasa yang ini tak perlu huraian lanjut kut. Yang pasti, kalau seseorang tu kerja tadika hanya kerana takde kerja lain nak buat, dia tak akan bertahan lama. 

            Impian aku bukan nak jadi cikgu tadika sebenarnya. Aku tak minat pun nak jadi cikgu. Takde kelayakan dan kemampuan mental fizikal macam ramai sahabat-sahabat aku yang kebanyakkannya bergelar guru. Usahkan kata sahabat. Mak aku sendiri pun seorang guru. 

          Aku dah pernah beberapa kali jadi guru sementara di sekolah rendah menggantikan guru bersalin. Berhadapan dengan murid-murid seramai 30-40 orang satu kelas hari-hari, ibarat meredah cabaran X-Factor buat aku. Gilalah! Aku memang angkat bendera putih. Tak sanggup. 

           Dari dulu impian aku nak jadi macam Angelina Jolie yang terlibat dengan UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees). Membela nasib anak-anak kecil mangsa pelarian. Bukan nak jadi duta tu, tapi nak membantu semampu mungkin supaya mereka, si kecil yang punya semangat luar biasa ini dapat kehidupan yang lebih baik. Macam kanak-kanak lain sebaya. Jauh daripada kemelut peperangan dan kebuluran.  Aku berdoa moga dalam hayat ini, aku dapat merasa peluang macam tu walau sekali.

         Jadinya, apabila satu hari adik aku menawarkan kerja mengajar di tadika, aku memang tak fikir 2 kali. Sejam je pun sehari. Mengajar pendidikan Islam (Jawi, Sirah, Aqidah, Akhlak & Bahasa Arab). Dah dari dulu masa aku kolej hinggalah ke universiti, aku selalu ambil kesempatan mengajar di tadika asal cuti sem panjang. 



       Sungguh pun peranan aku tak sebesar misi UNHCR, tapi aku percaya dengan mendidik anak-anak kecil tentang agama juga adalah salah satu bentuk pembelaan untuk mereka memahami nikmat dilahirkan sebagai seorang Islam. Apatah lagi diorang ni sangat naif dan berhati bersih.

         So, kalau rasa ada ciri-ciri sebegini dalam diri, bolehlah memohon untuk menjadi cikgu tadika. Berbanggalah menjadi di antara orang yang terawal memperkenalkan dunia kepada generasi pewaris bumi masa hadapan. Akulah tu! Yippiee..! Ahaks!








7 comments:

Anonymous said...

Macam mana ye sy nk hubungi saudari..?

Sy pun lost juga ni...sy skrg ni keje dgn kerajaan juga...tp sy nk berhenti...sbb da x sanggup nk hadapi karenah manusia2 kerajaan ni...especially org2 di sekeliling sy skrg ni...

Hari2 balik keje mesti menangis...dan berfikir sampai sy harus bertahan dgn manusia2 kerajaan di sekeliling sy ni.....

sy sentiasa di buli...org2 kat sini semuanya kaki kipass, kaki nk menunjuk yg kau ni yg paling the best kejenya drp sy...malahan ada yg sanggup berkomplot nk sesama sendiri supaya tidak menghormati sy pun ada...

sakit hati...sakit tekanan perasaan...

sy nk berhenti keje...tetapi x tahu bagaimana prosedurnya...

Anonymous said...

Saya memang teringin nk buka tadika. Saya ni bakal bekas guru. Tggu masa untuk berhenti..
Sapa-sapa ada pengalaman buka tadika boleh syer pengalaman.

Unknown said...

Hye..sy nk tnye boleh ke hdi cikgu tdika tpi tkde spm

Anonymous said...

InsyaAllah boleh saja awak..search dekat fb tadika nama dzuliman smart khalifah

Unknown said...

Saya baru saje due hari menjadi guru taska. Walaupun tak ade pengalaman tapi melayan karenah anak2 memang kena banyak bersabar. Selain itu ape tugas2 guru taska ne selain mengasuh. Adakakah kena terlebih kreatif untuk tarik perhatian anak2 supaya tidak banyak main permaina

Unknown said...

Saya berhenti keje di tadika sebab semua skop kerja saya kena buat.Last2, saya berhenti kerja tp tiada gaji.
Saya doakan pemilik tadika itu mendapat hidayah dan karma

Anonymous said...

Nak ambil cguuu tadika