Friday 8 January 2016

Mokna & Glasgow_2

Ada apa pada kad ucapan?

Ini antara penilaian dan pemandangan yang aku rasa menarik untuk direkodkan. Tak sempat nak aku kisahkan masa tengah Krismas. Ketepikan segala persepsi negatif kita tentang sesetengah budaya barat yang memang kita dah sedia maklum terlebih dahulu. Sebab apa yang aku nampak bila berada di Glasgow, wujudnya nilai-nilai positif yang simple tapi besar kesannya.

Kalau kita kat Malaysia, aku rasa bila time raya, apa-apa jenis raya lah kan, kad-kad ucapan ni dah tak diminati, dianggap ketinggalan, leceh, membazir dan kalau ada kat mall pun, di rak yang dijual penghabisan stok tahun ntah bila. Aku sendiri, raya tahun lepas dapat dua keping je kad raya. Nasib ada. Itupun kad raya yang dikirim atas nama syarikat. Aku pun dah tak ingat bila last mengirim kad raya dan bila last dapat kad raya daripada kawan-kawan.

Apa yang kebanyakkan kita semua buat termasuk aku ialah forward sms/whatsApp raya, kan? Kalau aku, memang tak rajin nak membalas ucapan raya yang diforward melainkan ucapan yang ditaip sendiri oleh pengirim. Lebih ikhlas. E-card pun aku ingat dah tak sepopular dulu. Atau lagi tragis mungkin ada antara kita tak ucap apa-apa, kepada sesiapa pun. Nanti jumpa jugak masa open house. Open house is a trend. Takde duit pun, gigih nak buat open house. Kesian.

Hakikatnya di sini, waktu nak Krismas, orang sangatlah ramai di kedai-kedai yang menjual kad ucapan Krismas dan New Year. I was like ‘Oh my god, this is unbelievable!’. Ada satu kedai ala-ala Lovely Lace di tingkat bawah Tesco. Hari-hari aku tengok orang ramai kutla ada special event ke ape sebab dekat-dekat nak Krismas selalu ada budak-budak sekolah buat persembahan koir kat situ. Bila aku intai, masing-masing tengah sibuk memilih kad. Ramai betul!

Aku ingat budaya kita sudah sangat ke hadapan, masyarakat berteknologi hijau lah katakan sehingga kita tidak lagi perlu kepada kad ucapan. Aku silap. Rupanya budaya kita makin kebelakang sebab kita sekarang terlalu berkira-kira terhadap nilai silaturrahim dan tidak lagi memahami bagaimana meraikan hubungan dengan hanya mengirim sekeping kad. WhatsApp free. Sms baru 5 sen. Mungkin murah lagi. Tapi, antara membaca ucapan yang di forward-forward dengan menerima kad di tangan, ada perbezaan bukan?

Aku tengok orang-orang di sini memilih kad macam memilih buku. Dari budak-budak sampailah ke orang tua. Sangat tekun meneliti ayat-ayat yang ditulis pada kad. Supaya  penerimanya merasa more personal dengan mesej di dalamnya. Tak semestinya kad dikirim kepada yang jauh. Sesama ahli keluarga dalam rumah pun diorang saling bertukar kad, kata kawan aku. Lagi happening, ada kedai siap offer half price. Agaknya pun, kalau di Malaysia bila kad dijual separuh harga, mungkin orang akan mula balik mengirim kad. Kemudian berkira pula dengan kos setem. Haha..

Tiba-tiba malu sendiri. Negara orang yang moden pun tetap berupaya mengekalkan tradisi  berhubung cara lama. Canggih sangat dah ke Malaysia? Aku rasa pada masyarakat kat sini, yang penting bukan bagaimana sesuatu perayaan itu disambut, tapi apa yang membuatkan setiap orang merasa gembira menjadi sebahagian dari hari istimewa tu walaupun dengan hanya menerima sekeping kad ucapan. Mana ada orang sedih bila dapat kad raya kan? Tau tak pe..

Sementara pejabat-pejabat lain dah mula lengang, pejabat post kat sini tersangatlah sibuk dengan orang-orang yang beratur nak membeli setem menjelang Krismas. Nampak di tangan masing-masing kad-kad dalam sampul. Kebetulan aku pun ke pejabat pos mengirim barang untuk adik di Malaysia.

Mengimbau zaman budak-budak. Dah lama tak rasa perasaan macam tu. Menanti-nantikan abang postman, kalau-kalau ada sesiapa yang mengirim kad raya. Bila dapat kad, penuh dengan pantun-pantun. Pecah tong la, pecah gelas la bagai. Pecah ketawa. Baca terkekeh-kekeh. Ada yang kirim duit raya syiling 1 sen. Dan yang pasti tak sabar nak membalasnya. Nostalgia sungguh.

So bayangkanlah, kita baru di tahun 2016 dan kita dah merasakan budaya mengirim kad raya itu telah pun menjadi suatu kenangan lama. Apa lagi yang tinggal untuk generasi kita yang akan datang agaknya?
Dahla miskin harta, miskin pula budaya. Huhu.. Tak kata orang lain.

Princess Agnes Dari Turkmenistan

Dalam pada tu, aku mendapat jemputan makan tengah hari ke rumah salah seorang kenalan di Edinburgh. Cara betul menyebutnya Edin-Brah. Paling yang aku suka tentang family Ornella ni pasal dia ada seorang anak perempuan yang sangat cantik like a barbie doll and so polite. Umur baru lima tahun. Agnes the princess. As what she likes to be called. Ada masa dia terlalu excited bermain, memang bising satu rumah dengan suara dia. Budak-budak lah katakan. Pernah sekali aku memang tak tahan gelak bila dengar jawapan Agnes yang sangat innocent.
Ornella : Agnes, you are like monkey.
Agnes   : No, Agnes is princess.
Ornella : So, who’s monkey here then?
Agnes   : Mama (sambil sengih-sengih)

Cuba kalau anak-anak kita di Malaysia cakap macam tu? Kena cubit la padahnya. Haha..

Agnes adalah kelahiran campuran Rusia, sebelah bapanya Alex dan Turkmenistan, sebelah ibunya, Ornella. Manalah tak cantik. Boleh google sendiri tengok betapa hensemnya orang-orang Rusia dan betapa jelitanya orang-orang Turkmenistan. Bermata biru, rambut perang, hidung halus, bibir nipis, kulit putih pink-pink macam pakai blusher. Subhanallah. Ni atas dunia. Tak tergambar dek kita indahnya pula bidadari syurga.

Aku juga pasti tak ramai yang tahu tentang negara Turkmenistan. Most of the time, Ornella lebih senang menyebut dia dari Ashgabat. Capital city of Turkmenistan. Aku pun mula-mula ingat Ashgabat nama negara. Mungkin ini agak asing bagi kita di sebelah Asia Tenggara. Bagi yang tak tahu macam aku dulu, Turkmenistan adalah juga sebuah negara Islam.  Orthodox Christian adalah agama minority. Tapi kebanyakkan rakyatnya yang muda-muda tidak tahu berbahasa asal. Mereka lebih fasih berbahasa Rusia.

Selain dari Agnes, lagi satu sebab ialah kedudukan rumah diorang ni. Tingkap kiri menghadap laut terbentang luas saujana mata memandang. The North Sea of Antartica. Boleh tengok lighthouse, pulau-pulau, kapal-kapal dan seagull singgah di birai atap. Dari tingkap kanan pulak boleh nampak Istana Edinburgh. Tengok guna binocular lagi lah jelas. Tak tahu nak aku gambarkan betapa cantiknya. Jealousnya aku. Nak jugak rumah macam ni. Huhu..

World of Salad

Menu lunch kali ni, aku dihidangkan dengan berjenis-jenis salad. Langsung tiada daging demi menghormati aku yang Muslim ni. Bukan bermakna aku tak makan daging, tapi nak menunjukkan betapa diorang sangat berhati-hati dengan apa yang aku boleh atau tak boleh makan. Senangkan kalau semua orang di dunia macam ni. Aku yakin ramai lagi orang Islam kita yang masih ragu-ragu nak berkunjung ke rumah non-muslim atas isu ini. Jauh sekali nak bersahabat. Begitulah juga sebaliknya mungkin. 

Aku tiada pilihan memandangkan tak ramai orang Melayu kat sini. Bagaimana sekalipun, aku sangat bersyukur dapat menghayati Islam dengan mengenal dunia selain tanah kelahiran. Tanpa perlu meletak sempadan atau batasan mengatakan agama tidak membenarkan itu dan ini. Sentiasa ada kaedahnya. It’s the way of life. Islam itu syumul. Hatta ke Kutub Antartika.

Jauh pulak aku menyimpang. Ahaks!

Salad yang paling best pada aku, ubi kentang besar, dibelah dua dan dikukus. Besar macam separuh saiz novel aku rasa. Memang besarlah dari ubi kentang yang biasa aku jumpa kat Malaysia atau yang pernah aku makan. Kemudiannya tak silap aku Ornella korek sikit isi ubi kentang dan isi coleslaw kat dalam ruang yang kosong tu. Tapi coleslaw dia, Waduh! siap ada mushroom, jagung, kobis putih dan purple tu, carrot, memang meriah. Aku makan tiga. Bukan tiga sudu. Haha..

Satu lagi jenis salad yang dicampur mayonaise, sayur, tuna dengan biskut mayat. Yang ni pun sangat awesome bila dimakan dengan roti. So crunchy. Salad yang tak kurang bestnya, kobis purple digaul dengan red beans. Macam baked beans tu, tapi warna merah. Dan aku tak pasti nama kobis purple tu apa dalam bahasa omputih. Tapi yang ni bila makan ada rasa pedas-pedas macam makan wasabi. Ornella letak serbuk rempah lebih kurang macam black pepper. Pun pada aku ok. Masih sedap.

Dua lagi salad tu, yang dah biasa pada aku. Sayur campur-campur dan digaul dengan olive oil ditambah sedikit perahan lemon. Yang aku biasa tengok tapi tak biasa makan, salad yang ada raddish dengan daun bawang atau dipanggil spring onion. Tak pergi tekak aku ni. Sorry Ornella. Dia pun tahu. Haha.. Maka kenyanglah aku hari itu dengan memakan salad dan roti.

Aku tak balik dengan tangan kosong. Dalam banyak-banyak hadiah yang diletakkan di bawah pokok Krismas tiruan, aku turut dihadiahkan rice cooker dan satu set cadar. Aku tak meraikannya tapi aku juga tak menolak hadiah yang diberi. Bukan tak cuba menolak, takut pula Ornella dan Alex berkecil hati kalau aku tak terima. Aku anggap itu rezeki. Betapa ianya juga terkesan pada aku.

Samalah konsepnya macam bila Tahun Baru Cina, ramai orang Cina yang menghadiahkan oren atau hamper pada masyarakat Muslim. Saling berkongsi hari gembira. Cumanya yang aku terfikir, bila tiba Hari Raya kita, apa pula yang kita beri? Walaupun aku ada kawan-kawan yang bukan Islam, tapi aku sendiri tak pernah memberi hadiah atau duit raya pada diorang. Tak pernah terfikir langsung.

Di Malaysia, raya kita raya kita, raya mereka pun raya kita. Tak percaya, tengokla siapa yang paling ramai bershopping setiap kali sale apa pun jenis raya. Haha..

Aku sekadar berkongsi. Baik buruk manapun, Malaysia tetap di hati. Hari-hari telan roti dan keju, sambal belacan jugak yang dirindu. Macam tulah ibaratnya.

Setakat ini dulu. Slainte!




0 comments: