Sunday 3 January 2016

Mokna & Glasgow

Bon Voyage 2015..!! Siapa sangka untuk tahun baru 2016 ini aku menyambutnya di sini. Tidak di Malaysia. Bukanlah sebelum ni pun tarikh tahun baru disambut meriah bagai, cuma tahun ini kenangannya pasti berbeza sebab momen 12 tengah malam hari terakhir 2015 aku di Glasgow. Hogmanay 2015. Bahasa Scottish maksudnya new year’s eve.
Dan ntah kenapa aku memilih datang ke sini tengah-tengah musim sejuk beku. Haha.. Hampir setiap hari cuacanya glommy, windy, rainy not sunny at all. Kalau ada matahari pun sekali dua, masih udaranya dingin membeku. Pernah sampai -2oC. Berdarah hidung. Cabaran sungguh.

Sekarang baru pukul 3.22 petang, tapi suasananya dah macam pukul 7 petang di Malaysia. Kalau datang angin, memang seram bunyinya. Dari dalam rumah sudah dapat dibayangkan betapa kuatnya angin di luar. Seolah ditolak-tolaknya badan kita kejap ke tepi, kejap ke depan ikut arah angin. Masya Allah. Melayang-layanglah kalau yang berbadan kurus sekeping. Yang tak kurus pun dah menyenget-nyenget.

Memang inilah keadaannya bila masuk winter. Cuma kali ni katanya lebih teruk sikit dari tahun lepas. Awal minggu masa aku mula sampai, hujan je memanjang. Akibatnya ada sesetengah area di north Scotland yang banjir. Mencapai paras peha la jugak airnya. Boleh ke panggil banjir kilat like Malaysia? Oppss.. Tapi jangan tak tahu, dalam cuaca yang macam ni, mat saleh-mat saleh kat sini steady je berjogging, berbasikal, berjalan-jalan berteman anjing memasing. Takde hal. Cuba kita di Malaysia, ape nak cari penyakit meredah hujan? Hujan asid! Hihi..

Bila salji nak turun ni? Hurmm.. Pastinya aku sangat excited once melihat ais-ais turun dari langit nanti. Mau tak hairan! Tak sabar nak buat Orlaf sendiri. Walaupun salji adalah sesuatu yang biasa bagi orang-orang di negara empat musim tapi aku tetap rasa ianya adalah sesuatu yang luar biasa dan indah. Iklim kitakan tak sama. So so beautiful to see everything is white. Clean air. Subhanallah! Bersih suci murni. Like in Charlie & Choc Factory atau Narnia (Hah! banyaknye pengaruh cerita budak-budak!). Kalau keindahan dunia macam ni pun kita dah rasa ta’ajub, apatah lagi keindahan di syurga. Allahu Akbar. Tapi ramalannya mungkin tiada salji tahun ni. Sedih.

Oh Tidakkk! Kulitku Kering & Mengelupas

Untuk hari-hari permulaan aku di sini, kulit muka especially mulut, dagu, hidung dan dahi hydrate. Masya Allah! Weh, apa nak pakai ni? Rupanya krim pelembab aloe vera yang aku guna tu tak berkesan. Sangat struggle meletak segala bagai krim pelembab dan bio-oil supaya tak mengelupas teruk. Minum air kosong banyak-banyak dan makan vit c. Yang paling mujarab rupanya bila kerap sapu vaselin. Lama-lama bibir pun dah tak mengelupas. Bahagian hidung dengan dahi pun ok. Alhamdulillah! 

Dan sebaiknya bila keluar elakkan dari menggunakan krim pelembab yang jenis berminyak. Tak sesuai. Lips balm aku pun tak boleh pakai jenis yang ada flavor atau warna. Kering habis bibir. Dan juga aku tak perlu susah-susah nak pakai foundation atau base make up sebab dalam keadaan cuaca yang frost ni, kulit macam aku memang jadi hodoh. Bila dah kering, jadi la mengelupas. Akhirnya tinggal parut. Tak kuasa jemah!

What to do first? Hurmm...

Sebut pasal cuaca yang sangat sejuk, aku pun sibuklah jugak nak mencari kot ke, jaket ke yang aku dah bayangkan dalam kepala otak aku ni. Berangan sangat dapat cari ala-ala kot Victoria Beckham yang labuh warna hitam tu kan.  Mampu ke? Hihi..

Yang pasti boleh dapat harga yang lebih murah dengan kualiti yang lebih baik di sini berbanding beli di Malaysia. Selain tu kalau kita beli kat Malaysia, kemungkinan kita akan terbeli jaket yang warna cerah-cerah macam pink-pink ke, merah ke, purple ke, oren ke kan sebabnya biasalah kita kan orang Malaysia suka benor nak pakai yang warna warni gitu. Hakikatnya bila kat sini, jaket musim sejuk kebiasaannya adalah berwarna lebih gelap seperti hitam, coklat, kelabu atau dark blue tak pun putih. 

Setakat ini aku tak pernah lagi nampak orang pakai jaket yang berwarna terang kecuali budak-budak dan costume santa claus. So selamatlah aku tidak terlebih awal membeli jaket warna favorite aku. Malaysia sangat! Haha..

Tapi tak bermakna takde jaket berwarna cerah kat sini. Kalau nak jugak jaket warna terang, ade je aku jumpa kat bahagian outdoor activities macam untuk skating kut. Tak pun macam yang aku nampak orang pakai jaket cerah ni bila time berjogging atau berbasikal.

Maka berjalanlah aku ke H&M, Mark Spencer, Primax, pendek kata merata-ratalah menjelajah City Centre Glasgow. Serious rambang mata. Tapi takdela pulak aku nak berhabisan semata-mata untuk jaket kan. Akhirnya, dapatlah aku sehelai jaket berwarna hitam yang labuh sampai lutut dengan harga £45. Victoria Beckham in the house! Haha..Bolehla kan.

Language Barrier. Slang Scottish.. Stress!

Ingatkan dah fasih benar aku ni berbahasa Inggeris tapi rupanya bila sampai sini, Ya Allah! ape diorang cakap ni??. Selalula terpaksa minta diorang ulang balik. Susah benar nak dengar jelas apa yang diorang cakap. Haiyya, ya-nid ainy ep daire? (Hi ya, you need any help there?) Macam seluruh perkataan tu bila disebutnya bersabdu dalam satu ayat. Disambungnya semua.

Kenapa aku tak paham ni? Haha.. It’s gonna take some time I guess. Patutnya sebelum datang sini kena banyak tengok movie scottish. Praktis. Terus membuatkan aku terfikir. Hikmahnya Al-Quran tu dalam satu bahasa kan. Pusingla ceruk mana pun dalam planet ni, semua orang menyebutnya dalam bahasa yang sama, tafsiran sama, pengertian yang sama. Besarnya mukjizat Al-Quran Kalamullah.

What’s on...? Sale! Sale!

Masa aku sampai sini, Glasgow tengah happening nak sambut Krismas. Ada satu hari khas jualan murah dipanggil Black Friday, ala-ala Malaysia punya Hari Sogo. Orang punyalah ramai. Pukul 5-6 pagi dah beratur sakan. Dah macam kat Jalan TAR masa nak raya. Ada satu hari lagi dipanggil Boxing Day. Pun sale giler-giler. Half price. Tapi tak seramai Black Friday. Aku pun tak sure kenapa di panggil Boxing Day. Sampai dalam tv siap ada tayangan istimewa sempena Boxing Day. Yang paling heaven, apa lagi kalau bukan perfume.

Iklan perfume kat sini mengalahkan iklan McD. Haha.. maksud aku kalau kat Malaysia, kejap-kejap iklan McD, kejap-kejap iklan KFC, pastu Pizza. Pendek kata makanan. Tapi kat sini, waktu perdana, iklan cari makan is perfume. Sampai aku yang bukan peminat perfume ni dah boleh hafal segala jenama. See how powerful the media is. They are the one who control what people should see or should not. 

Bayangkan kalau la media kita di Malaysia ada sedikit rasa tanggungjawab and disokong by law makers perhaps kita boleh membantu membentuk pemikiran rakyat untuk berfikir dan hidup dengan lebih baik. Not just as a matter of profit seeking perse.

Anyway, selain festival-festival music yang macam okestra dan koir kat sini, acara wajib nak Krismas (#GlasgowLovesChristmas) dipanggil Lights On George Square. Pasang semua lampu serentak. Siapa tak teruja tengok banyak lampu lip lap, rusa-rusa berlampu dan pokok-pokok krismas besar yang digantung hiasan. Dan Santa Claus. Kalau sakinah ada ni mengangala mulut budak tu. Mesti excited. Terang benderang George Square. Bila malam lagi crowded dengan orang-orang yang main ice skating, eyes on wheels, merry goes around, tempat lepak-lepak minum kopi, sangatlah riuh rendah.

Romantik Grandpa & Grandma Couples

Sesuailah dengan makna Glasgow ‘Taman Hijau’ tak silap aku baca kat mana ntah. Mengambarkan suasananya dan tempat yang indah lagi romantik. Begitulah juga dengan orang-orangnya. Pemandangan yang aku tak selalu nampak di Malaysia. Di mana-mana sahaja, seriously kat mana-mana pun akan nampak pasangan orang-orang yang dah beruban, bertongkat, kulit kedut seribu berjalan berpegangan tangan. What a lovely!

Aku tak rasa ini biasa di Malaysia sebab jarang sangat kita nampak orang-orang tua shopping di Bintang Walk ataupun lepak-lepak di cafĂ© atau yang dah bertongkat ke Tesco kan. Tapi kat sini, di bandar pun ada orang-orang tua berjalan tanpa anak-anak ada sekali, naik bus, beratur membayar barang, berurusan di pejabat even ada kaunter khas untuk pesara. Aku rasa bandar ni mesra warga emas. 

Cuba bayangkan di Malaysia, group pencen naik bus. Agaknya berapa ramai yang kisah nak bagi tempat duduk? Pasal manners pun kena buat iklan. Yang iklan komuter tu kan. Kalau kat hospital kerajaan boleh tengok betapa ramai orang tua yang beratur ambil darah. Nama je masyarakat yang tinggal di negara Islam, tapi sayangnya hanya pada nama bukan pada jiwa. Huhu..

Dan aku membuat hipotesis, ramai warga-warga emas kat sini yang masih panjang umur dan cergas fizikalnya sebab salah satunya mungkin diorang sentiasa mendapat sokongan emosi dari pasangan masing-masing. Sentiasa disayangi dan menyayangi. Regardless of how old they are. Makin tua makin romantik. Boleh buat kajian kepuasan hidup pesara kat sini to look for the significant. Orang Malaysia pemalu. Aku pun lupa bila kali terakhir tengok mak ayah sendiri jalan berpegangan tangan. Ahaks!

Sunday Market.. Lelong, lelong!

Ingat kat Malaysia je ke ada pasar lambak? Kat sini pun ada. Tapi lagi ‘kelas’ barang-barang yang dijual. Yang dah nampak tak boleh guna pun masih dijual. Ibaratnya macam masing-masing bawak barang dari rumah, agak-agak dah tak boleh pakai atau tak nak guna, jual. Tapi ada juga barang-barang baru. Banyak la jugak bahagian kat sini macam untuk buah-buahan, makanan kering/basah, pakaian, peralatan kereta, peralatan rumah etc.

Lagi menarik dan berharganya kat sini aku boleh nampak sisi lain Glasgow. Di sebalik imej moden klasiknya tu, terhimpunnya kat sini kelompok masyarakat luar yang menjadikan Glasgow ni lagi unik. Mendengar percakapan diorang aku rasa kebanyakkan penjual-penjual kat pasar ni dari Poland, Pakistan, India, China, Iran, Afghanistan, African dan wajah-wajah yang tak dapat aku kesan asal mana. Aku tak jumpa lagi Malaysia tapi dah terjumpa Indonesia.

Actually nama Malaysia bukanlah asing sangat pun kat sini. Dekat area aku tinggal, lebih dari tiga restaurant Cina yang letak nama Malaysia pada board kedai diorang. So agaknya ramailah jugak orang Malaysia kat sini kan. Tak pun, mungkin rakyat Malaysia ni are so pround to present themselves as from Malaysia. Thumbs up guys!

Tapi pernah sekali aku mencari kedai menjual sovenir. Selalunya setiap kedai yang aku masuk, bila tahu aku dari Malaysia, sure diorang akan puji Malaysia is beautiful place and so on. Cuma dalam banyak-banyak kedai, aku singgah di kedai yang taukenya Scottish. He is a quite old man. As usual, orang-orang Scottish ni very friendly, tanya aku cari apa and dari mana. Bila aku cakap aku dari Malaysia, nak tahu dia kate apa? ‘Oh, Malaysia is terrible!’ Aku? Tak kata apa. Terbahak-bahak kawan aku gelakkan aku kat luar kedai. Huhu..

So harapnya aku boleh consistent merakamkan segala momen perjalanan selama aku kat sini. A lot of things to share, to learn and to be happen really. Apatah lagi bila mengenangkan apa yang dilalui sekarang pastinya sesuatu yang tak mungkin dapat aku ulangi. Once in a life time.


Setakat ini dulu. Lang may yer lum reek! Slainte!

0 comments: