Saturday 4 February 2017

Aku Lost! Berhenti Kerja Kerajaan

           Ya Allah..terima kasih untuk sebuah kehidupan yang membahagiakan. Aku lost bukan sebab aku berhenti kerja kerajaan, tapi sebab aku kerja kerajaanlah aku lost. Siapalah yang memulakan doktrin hidup jadi senang dengan kerja kerajaan? Senang berhutang. Ahaks! Orang ingat aku berhenti sebab aku dah banyak duit. Padahal duit dalam simpanan bank semua dah habis. Sumpah tak tipu. Macam mana nak banyak duit. Aku jadi penjawat awam yang tulus ikhlas tak sampai 6 tahun. Haha.. aku kerja outstation jauh-jauh pun kadang aku tak claim tau. Tambah nak bayar hutang PTPTN, sewa bulanan kereta, loan Bank Rakyat, etc.

            Apapun aku memang teramat tak tahan. Suffer gila nak bangun bersiap ke tempat kerja. Asal tayar kereta melintasi garisan pintu masuk bangunan pejabat, aku dah rasa nak muntah hijau. Tapi aku tak pernah menjadikan ia alasan untuk aku datang lewat atau melengah-lengahkan tugasan. Aku masih waras untuk sedaya upaya memastikan gaji yang aku terima adalah gaji yang halal dan berkat. Tetap bagaimanapun aku rasa serba tak kena sebab kenapa kehidupan kerjaya aku tak tenang dan gembira seperti yang diimpikan?

            Dipendekkan cerita, hampir setahun aku berdoa, istikharah dan meneliti kisah-kisah pengalaman hidup orang lain yang berhenti makan gaji. Akhirnya aku menemui kekuatan. Pedulilah pasal kelembapan ekonomi, isu pengambilan pekerja dibekukanlah, persaingan dengan orang yang dah sedia menganggur, itu dan ini. Rezeki Allah yang tentukan. Kenapa nak risau? Janji aku usaha mengikut syariat seperti yang Rasulullah ajarkan. Insha Allah, aku ok. Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bulan November 2015 aku menghantar notis resign.

            Aku berhenti tanpa back up plan. Hakikatnya, ya hidup aku tak senang macam dulu (pernah takde sesen pun dalam wallet) tapi aku langsung tak menyesal. Langsung TIDAK! Yang aku ralat sebab aku lambat buat keputusan untuk pilih jalan ni. Haha.. ‘ala kulli hal, perancangan Allah lah yang Maha Sempurna. I Love My Life! Best! Best! Best! Alhamdulillah.

     Aku percaya, dapat berhenti daripada menghambakan diri dek mengharapkan gaji bulan-bulan pun adalah rezeki buat diri aku. Bukan semua orang punya peluang macam aku ni, kan. Aku sebenarnya yakin 100%. Dalam keadaan dasar/pelaksanaan kerja dan kepelbagaian spesis manusia yang entah apa-apa sekarang ni, di mana-mana jelah sekalipun pun, andaikata diberi pilihan yang sama pada semua orang yang ada dalam sektor makan gaji, sure majoriti angkat kaki.

            Kalau aku tersilap, bermakna akulah yang tak bernasib baik tercampak dalam environment kerja yang tak membantu aku to be a better Muslimah. Aku bukan tak suka kerja bawah orang atau bersistem. Prinsip aku bila bekerja is simple:

1. Aku memang jenis orang gila kerja. Sampai tak makan pun, tak de hal. Aku memang tak minat nak mengulor-ngulor (atau jadi ular-ular pemangsa yang menelan makhluk lemah tanpa belas ihsan. Metafora ok. Ahaks!), apatah lagi duk kat pantry berjam-jam. Walau aku gila kerja, tapi bila kerja menjadikan aku gila, aku surrender.

2. Dengan tahap pemikiran aku yang masih belum mahir dalam hukum-hakam agama, aku berpegang, semakin tinggi gaji yang kita dapat, sepatutnya semakin bertambahlah amalan ibadah kita. Betul apa. Dah kalau kita mahukan sesuatu dengan seseorang, bukan ke kita sanggup utamakan atau menurut apa yang orang tu suruh? 

Samalah juga kita dengan Allah. Kita minta rezeki daripada Dia kan. Sepatutnya lagi banyak Allah bagi (memakbulkan permintaan), lagi bersungguhlah kita buat apa yang diperintahkan. Tapi realitinya, makin naik gaji, makin kita terpaksa menjaga prestasi. (Kaki kipas punyalah ramai). Yang bos suruh tula jugak kita pulun buat sampai kita sendiri lewat solat. SKT punya pasal. Tu tak kira lagi masa masuk mesyuarat. Dari mula lepas Zohor hingga hujung Asar mesyuarat baru tamat (ada kut tak sempat solat Zohor) Ahhh..malas aku nak layankan. Haha...

3. Aku kerja for fun. Sebab kerja adalah kehidupan aku. Bukan fun yang orang kata kerja kerajaan boleh relaks, datang punch card pastu pergi mengeteh sampai dah nak waktu makan tengah hari,  duduk bergosip sambil-sambil menghadap facebook, selepas rehat solat Jumaat dah tak masuk pejabat, siap ada orang sempat mengarang buku bagai. 

Sorry, that’s not me. Fun maksud aku, bila kita dapat menikmati kepuasan bekerja sepenuhnya kerana Allah dan kita tahu kerja yang kita lakukan bukan sahaja memberikan kebaikan kepada kepada diri sendiri (as a human) tetapi juga kepada orang lain. Sayangnya, selepas beberapa tahun bekerja, aku tak rasa ada nilai-nilai tu. Lebih tepat, aku tak sesuai dengan bidang kerja yang aku lakukan. So, untuk apa aku teruskan.

4. Aku tak berminat nak kejar status bos atau dapat APC. Kalau orang kata, politik pejabat it’s normal, pada aku mana dalilnya. Tu semua kata-kata orang yang merebut dunia. Aku takde masalah jadi orang bawahan asalkan aku happy dan ikhlas dengan apa yang aku lakukan. Tapi, kalau aku terpaksa bertahan dengan situasi tekanan kerja (yang mengganggu ketenteraman hidup) untuk bertahun-tahun lagi semata-mata nak menanti ditawarkan kenaikan pangkat, aku tak akan buat. 

Apa jadi sekiranya dalam menunggu tiba-tiba aku mati? Oh, tidak! Ruginya hidup aku selama ini. Aku mati dalam kesengsaraan. Dah la tak cukup amalan, termasuk pula dalam golongan orang-orang yang meletakkan dunia di hadapan. So, instead of hold on, aku move on. Aku yakin rahmat Allah ada di mana-mana. I’m deserve to have a better life.

            Aku belum lagi kerja 10 tahun, tapi aku dah dapat migrain, panic attack (sakit dada yang menyucuk-nyucuk secara mendadak), tekanan emosi, kitaran menstruasi aku terganggu, kerap demam dan insomnia. Bila aku sakit-sakit macam ni, do other people care? Nope. Bukan aku nak orang kesian, tapi dalam dunia pekerjaan, orang tak akan peduli kalau kita sakit kerana kerja. Siapa suruh kau tak pandai handle tekanan? Walhal orang tak tahu apa yang kita hadapi. Berbaloikah?. You need to help yourself.

        Biarpun kehidupan aku bermula tahun ini berubah hampir 360°, aku sangat bersyukur. Lantaklah orang kata aku bodoh atau gila, aku rela. Gaji ribu-ribu jadi separuh ribu. Dulu selang tiga minggu sekali, shopping baju & tudung baru, langsung sekarang sudah berbulan-bulan tak ke kedai pakaian. Kalau sekali sekala melepak, merasalah makan di restoran berhawa dingin. Tapi kali ini, nak makan kat luar pun kena fikir lima enam kali. Sebelum ini pakai bil, dah terpaksa pula guna prepaid. Haha.. Tapi aku dah tak kisah semua tu. Sebab aku rasa tenang menikmati kehidupan yang aku mahukan seperti yang aku lalui hari ini.
          
         Aku takdelah hidup mewah mana pun dalam kehidupan beberapa tahun lepas. Cuma walaupun selesa, apabila terlalu banyak perkara dan PRINSIP yang terpaksa dikorbankan kerana bergantung kepada makan gaji bulanan. Aku sanggup lepaskan dan bermula semula merangkak dari alif ke ba ke ta. Sekurang-kurangnya aku dapat reset arah pergantungan hidup aku. Aku tak hidup ‘bertuhankan’ kerajaan. Bekerja sendiri membuatkan aku benar-benar membulatkan tawakkal pada rezeki ketentuan Allah S.W.T dan redha.

         Aku seolah-olah diberi peluang kedua untuk membina semula kehidupan. Kurang dua bulan berehat-rehat di rumah, aku mendapat kerja. Apa yang aku usahakan sekarang adalah sesuatu yang membuatkan hidup aku bermatlamat dan aku tahu apa yang aku buat. Walau kadang takde duit, tapi tak pernah sekali pun aku sampai tahap kena ikat perut. Kasih sayang Allah S.W.T akan sentiasa mengurniakan rezeki dalam cara yang kita tak jangka. 

     Kali ini aku akan manfaatkan setiap saat sebaik mungkin, merencana kehidupan dengan perkara-perkara kebaikan yang membuatkan hidup aku lebih bermakna dalam aku menikmati kebahagian juga ketenangan. Aku tenang biarpun dalam kepenatan. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala rintihan dan keinginan hambaNya yang sabar. Aku tenang untuk lebih menghampirkan diri kepada Tuhan pemilik alam. Bukankah itu tujuan asal kita diciptakan?


          I was lost in darkness. But I’m grateful for that to make me now found the lights. Aku tak kaya, tapi aku bahagia!. Subhanallah.


250 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 250 of 250   Newer›   Newest»
nurraysa diena said...

Jika bank Anda mengatakan tidak kepada Anda untuk suatu pinjaman, ada tempat otentik di mana Anda bisa mendapatkan pinjaman asli. Saya ingin mendapatkan pinjaman institusi yang saya temukan online untuk semua saudara dan saudari Muslim yang mencari pinjaman cepat untuk menyelesaikan masalah yang diinginkan dengan cepat. Saya mendapat pinjaman Rp.700.000.000. dari ibu KARINA ROLAND LOAN COMPANY yang saya gunakan untuk merenovasi rumah sakit saya dan untuk melengkapi bisnis saya. Saya mendapat pinjaman dari mereka beberapa bulan lalu. Saya meminjam dari mereka karena ada banyak perusahaan pinjaman palsu online. Saya juga memperkenalkan adik saya yang juga mendapat pinjaman Rp. 500.000.000 PERUSAHAAN PINJAMAN ROLAND KARINA. Sebelum saya menghubungi mereka untuk mendapatkan pinjaman, saya juga melakukan banyak penelitian tentang mereka dan menemukan mereka benar-benar otentik. Mereka tidak seperti perusahaan pinjaman barat yang palsu. Jadi saya meminta pinjaman tanpa jaminan dengan mereka. Mereka memberikan pinjaman sesuai dengan hukum dan peraturan Islam. Tidak Ada Jaminan. Tidak ada biaya tersembunyi. Mereka memberikan proses yang cepat dan sederhana. Tapi Anda harus bisa menyetujuinya. dan Anda juga harus membayar kembali pinjaman mereka pada waktunya. Saya ingin meminta semua Muslim sejati dan bukan muslim untuk menghubungi ibu karina yang baik di email atau whatsapp: +15857083478 (karinarolandloancompany@gmail.com) Anda dapat menghubungi saya untuk nasihat juga melalui email (nurraysadiena@gmail.com)

Unknown said...

Sama ...Saya dah 9 tahun lebih berkhidmat dlm kerajaan....byk org toxic...hanya tahu mengaibkan org....org atasan lepas tangan....plan akan berhenti dlm Masa 3-4 tahun lagi....syukur Saya memilih kwsp x memilih pencen.....pencen Hanya indah dari Rupa (umpama perangkap) nak merasa pencen mental kena tahan sampai umur 60 tahun (pencen penuh) tapi sanggup ke nak menghadap fitnah Dan cacian org org toxic ni.....

Anonymous said...

Ya Allah, serius nya dah tak tahan kerja dekat sini (kerajaan). baru 9 bulan saya kerja sini. tapi tak tahan sangat sampai saya stress dan selalu sakit. sejak kebelakangan ni saya asyik ada appoinment doktor ke hospital, jadi saya ambil cuti rehat. tapi manusia2 di office selalu kata saya ni sengaja cuti lah, itu lah ini lah. kalau nak diceritakan sebenarnya banyak lagi benda yang diorang buat kat saya, diorang buli saya, malukan saya, kutuk saya, ragging saya dan mereka juga suka berkata tentang soal peribadi saya. saya memang betul2 dah tak tahan. saya banyak kali terfikir untuk berhenti kerja tapi saya taktahu apa patut saya buat. disebabkan pkp bulan 3 haritu, lebih kurang 3 bulan saya duduk di rumah, jadi saya tak berapa nak tahu pasal kerja sebab saya baru masuk bulan 1 awal tahun. lepastu bila diorang suruh saya buat kerja , saya tanya mereka macam mana nak buat tapi mereka marah saya balik sebab taktahu buat kerja. ada manusia ni masuk2 kerja je terus nak cari pasal dengan saya. kadang saya rasa macam nak maki je. tolong lah saya, apa patut saya buat.. sejak kerja disini saya selalu stress dan selalu ada je masalah kesihatan yang saya alami. bukannya saya sengaja nak sakit. tapi tulah, ada je yang tak puas hati dengan saya.

Unknown said...

Awk try mohon pindah atau ctg dahulu sementara.......memang dugaan dlm kerajaan mcm ni dik.....Saya dah 9 tahun lebih...awk baru je 9 bulan...panjang lagi perjalanan tu

Unknown said...

Dah kerja 7 tahun.. A
Sy ada buat side income sebulan. 2kali ganda dari gaji kerajaan.. Rasa nk berhenti.. Nk uruskan anak. Nk uruskan biznes.. Tapi nka tau ada tak duit pampasan sb nk settle personal loan angkasa..

Unknown said...

Salam, saya 11thn servis..sbb xtahan mulut org, sy nk berhenti..sy plan nk amek ctg 30hari beserta notis sebulan..bolehkah disekalikan notis tersebut or kne buat berasingan?

Anonymous said...

saya baru resign kkm bulan 5 haritu...Alhamdulillah smpai sekarang xde sedikit pun rasa menyesal malah bersyukur sangat3!!! saya lebih bahagia, ceria, tenang walaupun xde gaji...masih lagi planning nak kerja apa...dulu gaji dah 4k-5k sebulan..tapi depression teruk,sy jadi pemarah sangat2..kerja di lapangan x sempat makan x sempat solat apatah lagi tidur huru hara... kerja office hour pulak samada u pijak org atau org pijak u, environtment terlampau toxic...skrg bergantung penuh dgn suami..Alhamdulillah Allah cukupkan rezeki...sy buat apa yg sy suka, sy explore banyak lagi bakat saya...sy fokus belajar dan planning baik2 tahun ni..insyaAllah, tahun depan akan execute sepenuhnya planning sy termasuk plan utk cipta pencen sendiri. Allahu yusahhil!!!

Anonymous said...

Sekarang awk dh dpt kje ke

Anonymous said...

Salam. Awk dh berhenti ke? Ape prosedure kne buat berhenti.

Anonymous said...

Salam. Maaf tnye. Awk dh dpt berhenti ke?. Boleh tau prosedure ape yg kite kne wat?

Anonymous said...

Salam. Awk dh berhenti kje ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya bagi nama gelaran saya jelah ye. okay saya nur. termasuk ni, dah 3 kali saya tulis komen di sini. kalau ikutkan termasuk bulan ni, saya dah kerja kerajaan 10 bulan. saya sangat stress dengan orang2 dan persekitaran di office ni. tapi disebabkan pkpb, jadi saya kerja selang seli so saya agak lega sebab tak perlu nak jumpa dengan orang2 toxic dekat office ni. kalau dulu, masa hari2 masuk office, saya sangat tak tahan dengan orang sekeliling yang sangat toxic. saya dibuli, diorang guna kata2 kesat pada saya, kutuk mengutuk saya. saya tahu ni semua pun sebab saya ada bukti. saya pergi ke tandas sekejap pun diorang duk mengutuk saya, apatah lagi bila saya cuti. ada sorang pompuan ni dia sangattlahhh psycho ye dan dia adalah ketua toxic, dialah yang dok mengutuk orang sana sini, menghasut orang sana sini sampaikan mereka pandang negatif pada saya.

saya dah buat surat resign, tinggal nak print dan hantar je. saya memang taktahan kerja disini, dulu saya kerja swasta pun ada stress juga tapi takdelah teruk macam kerja ni. saya bujang, dan saya dah bagitahu plan nak berhenti kat parents saya, ayah saya setuju kalau saya nak berhenti tapi mak saya tak setuju. dulu saya happy je tapi sekarang kesihatan saya asyik merosot hmmm.

tolonglah saya apa patut saya buat ni. boleh bagi pendapat dekat saya tak. terima kasih.

Unknown said...

Saya dah kerja kjaan 20 thn,sebelum ni ok,tapi sekarang makin bnyk tekanan kerja sampai saya alami insomnia.Dan yg paling geram ditukar sesuka hati,Saya memang rasa nak resign sgt2 sebab dah tak tahan sampai saya jadi tekanan. Tapi hutang banyak, tak tau nak buat macamana kalau resign nanti. Saya nak bebas dari hidup tekanan macam ni. Ada sesiapa bleh bantu tak, tolg wasap saya 01123034968

Unknown said...

Saya pun tgh berfikiran nk benti kerja gov ni.. Namun xde support Dr org sekeliling..macamana sy nk kluar Dr kemelut yg x bertepi ini..dah sbulan saya kemurungan..x tau pada siapa utk saya rujuk n dptkan kekuatan utk resign 😢

Anonymous said...

Biasa rate umur utk mintak keje lain Agak2 berapa ya? Saya pn rasa nk resign keje skrg x tahan dgn org sekeliling..dh sbulan lebih saya murung..memang dh xde jiwa dah

Anonymous said...

PM ME SIS.... 0122405254

Anonymous said...

igtkan saya seorang rase mcm tue.. saya gred L29.. almost 14 taun kije.. baru jer dpt L32 secara time based sbb lame bekerja.. APC xpenah dpt sbb mmg xreti kipas.. lelagi klu selalu dpt boss yg jenis tau nk mengarah.. environemnt very stress.. arahan yg dikeluarkan mengarut.. tue x termasuk kaki report.. plus freshie 41 masuk keje dan berlagak bodoh sombong.. seriusly letih sgt kije camnie.. esok nk g kije..mlm konpem xle tido.. pahtu rase nak marah.. i dont know where is my soul.. my passion..target 45 nak pencen awal.. tp 7 taun lagi.. sgt berdoa agar dapat bertahan..mmg nmpk sgt karier mmg xkemana.. doakan saya kuat! dan dilindungi.. rase kurang stress sbb ramai rupenye seperti saya.. kije govt its not everything...

Nisa said...

Sbg apa yew. Saya pembantu tadbir kewangan
Baru sebulan tp saya dh depression tp husband tk kasi berhenti

Nisa said...

Kkm jawatan apa yew sbb saya baru sebulan pun dh depress do bwh kkm ne

Unknown said...

Nk resign jugak tp takut tk cukup cover loan2

Anonymous said...

Sy pengalaman 20 tahun bekerja dlm kerajaan dan masih bekerja. Alhamdulillah segalanya baik-baik belaka. Asam garam bekerja ni di mana2 pun ada. Yg penting niat kita kena betul untuk berkhidmat, rezeki dan gaji tu perkara kedua. InsyaAllah urusan kita dipermudahkan. Yg nak berhenti kerja tu fikir2lah, ramai lagi insan lain di luar sana berharap nak kerja bawah kerajaan... Sahabat sy sendiri dah lebih 5 kali interview kerja kerajaan tp tak dpt2... Bersyukurlah dgn apa yg kita ada.. Jika dah nekad, paling penting future planning kena ada, jgn resign melulu fikirnya kemudian. Syukur padaMu Ya Allah...

Ika said...

Ada dikenakalkan penalti tak sis klu brenti? Sy pn kerja kkm jgk tapi baru setahun bkerja

Ika said...

Sis ada kena penalti tk?

Ika said...

Sis nadirah boleh sy dapatkan no fon awak? Nak tanya pasal resign kerja ada penalti ke tak? Act, sy under kkm jgk

Anonymous said...

hmm sebelum ni kan disebabkan PKBB, semua staf kerja di rumah bergilir2. giliran saya dan orang toxic di office ni berlainan, jadi memang saya tak jumpa dia, walaupun kadang2 dia semak juga nak datang office alasan sebab takyah isi laporan tugasan apa yang dibuat di rumah. so tenang lah sikit sebab tak hadap orang2 toxic kat office ni. tapi sekarang start 5 April, bermula lah kerja setiap hari di pejabat (kerajaan) dan mulalah stress saya menghadap orang2 toxic di office ni.

harini 7/4/21 saya baru masuk office, rasa macam malas gila nak masuk office. saya baru kerja setahun 3 bulan. diorang kata nak ajar saya macam2 yelah sebab saya orang baru kan, kena lah training saya dulu.
Tapi rasa macam saya je yang buat semua. masing2 kedekut ilmu. pastu bila saya tanya macam mana nak buat ni, diorang cakap nanti lah, taktahu lah, dan benda yang saya belajar pun sikit sangat. macam minit fail, surat, photostat and scan. minit mesyuarat buat sekali je, kertas kerja buat sekali je. bos pun satu hal. kata nak training saya juga tapi kerja2 semua bagi kat staf lain. pastu yang bos suruh saya, photostat, scan dan edit balik surat yang typo ke atau salah. benda basic yang semua orang tahu.
Memang lah seronok sebab takde kerja, tak payah buat kerja. tapi bila kita pura2 buat kerja ke atau duduk melangok je ke, ada lah kaki mengadu pastu yang disalahkan siapa, saya juga.
orang yang toxic ni, hati hitam ni memang takleh tengok orang lain bahagia ke ha, ada je benda yang tak puas hati.

Dah lama rasa nak berhenti kerja tapi mak ayah tak bagi. sebab kerja kerajaan susah nak dapat, benefit pun banyak. makcik2 pakcik2 kawan2 semua tak bagi berhenti kerja,

Kenapalah mentaliti manusia suka sangat dengan "kerja kerajaan" "benefit banyak" "ramai nak kerja kerajaan tapi susah nak dapat"

Tapi ramai taktahu hakikatnya emosi kacau bilau, dapat pula bos yang tak ambil peduli, staf baru/bawahan dibuli, ditindih dengan orang atasan/sama jawatan. staf lama jenis kaki kipas bos, kaki hasut. segala jenis setan lah.
haa kat office saya ni ramai.

saya dah penat, penat sangat.
saya punya tahap stress memang taktahan, sampai saya sakit2, saya depress, saya nangis, selalu fikir bukan2
Kalau bukan sebab saya masih ingat ALLAH, mungkin dah lama saya x_x
*saya pernah terfikir nak buat benda bukan2*
sekarang saya tahu benda tu 100% salah tapi saya hanya nak berkongsi je dalam blog ni.

Ya Allah, kuatkan lah iman aku dan hati aku. Semoga aku kuat menghadapi ujian dan dugaanMu. Aminnn, Ya Rabbal Al Amin.

Unknown said...

Ya di mlm ni..ku taip di goggle 'ketenangan setelah berhenti kerja' di ku Klik di blog ini. Kisahnya dan pendapatnya sgt serasi dgn fikiran ku. membaca coretan ttg karenah bekerja. Kisah ku pula..dipendekkan.. awal thn ni aku baru berhenti kerja yg sudah 21 thn berthn..dgn sejuta rasa yg kecewa dan pasrah hampir setiap masa. Tp demi rezeki ku gagahkan juga sehingga 21thn! Bayangkanlh penderitaan jiwaku dr perangai sudut.
namun atas berkat doa ku dimakbulkan Saya dismiss dari co.ni..byk dugaan yg membuatkan sy nekad tekad utk keluar dr situ. Utama nya demi mencari ketenganan jiwa. Sy juga berjaya dpt pampasan dari perkeso sip..constructive dismissal. alhamdullillah. Fikiran ku cuba utk tidak bekerja lg..ttp setelah Kira Kira 2 bln berehat..aku dipanggil temuduga..mereka nmpk beriya sgt..dn begitu sng aku berjaya dlm mendpt pekerjaan (public listed co.)..tp kenapa hatiku berdetik ttp terasa amat berat utk bekerja lg..seolah ada perkara yg tidak ku inginkan akan berlaku. Tp ku gagahkan juga. Hari pertama kerja sudah aku dpt rasakan suasana yg tidak tenteram..dgn tmpt solat yg tidak disediakan..dn mcm2 lg. Aku terpaksa solat di pantry beralaskan kotak pd Hari 1. Sungguh ! mlm ku tidak tenang..superior aku serupa perangai yg aku paling benci! Tepat Hari ke4 aku nekad utk berhenti, esoknya kutaip Surat berhenti dan hantar ke HR, alasan ku..aku tidak boleh bekerja dgn superior yg ada Attitude problem!..suka jerkah dan tiada teamwork..dll. Kini Syukur semuanya. Ya walau mereka janji hendak byr gaji 5 hr aku bekerja..tp mereka tipu akhirnya..(walau aku bekerja sungguh2 utk 5 Hari tu). Aku x kesah pun duit tu..biar Allah yg tentukannya!. Yg penting fikiran ku bebas! Aku dpt rasakan Ramadhan kali ini dan ibadahku sgt tenang dan khusyuk. Bak kata adik aku dulu.."akk aku percaya ko akan lebih bahagia lps ni". Allah menguji aku utk kerja yg kali ini juga..utk aku menilai apa yg lebih baik utk diriku. Syukur ya Allah..ku percaya rezeki Allah tu luas. Saya doakan kalian mendapat ketenangan yg dicari. Doakan saya ya.

Anonymous said...

Saya pun telah dismiss (constructive dismissal). dari co yg sy telah bekerja selama 21 thn! . Kini hidup sy sgt tenang..walau kadang kala kisah2 duka di pej. masih terngiang. Alhamdullillah Ibadah pun semakin khusyuk. Bercadang utk minimilize aktvti di dunia dan blk di hometown bina rumah. Sy doakan kalian.. dipermudahkan segala urusan. Doakan Saya juga ya.

Anonymous said...

Semoga trus bertabah dan kuat kan diri puan. Sy doakan ujian ini asbab puan masuk ke dlm syurga. Amin. Puan sgt2 kuat.

Datafincorp said...

Do you need a genuine Loan to settle your bills and startup
business? contact us now with your details to get a good
Loan at a low rate of 3% per Annual email us:
Do you need Personal Finance?
Business Cash Finance?
Unsecured Finance
Fast and Simple Finance?
Quick Application Process?
Finance. Services Rendered include,
*Debt Consolidation Finance
*Business Finance Services
*Personal Finance services Help
Please write back if interested with our interest rate datanfincorpfinance@gmail.com
Whats-app us on +918929593217

Anonymous said...

hmmm berhenti zaman covid ni mmg lg rsa tertekan. tapi dh 21 thun kje rsa nk gila dh ni. xtahan dh nk menghadap semua ni lg.Boleh ke aku resign dgn hutang keliling pinggang. anak pn xhbis study lg

Anonymous said...

saya pun dh start hilang minat kerja. dlu mula2 masuk kerja saya bersemangat. sampai boleh kerja sampai 12 malam. tapi lama kelamaan saya jadi stress sbb tak leh nk kawal dh. sy dpt tekanan darah tinggi dan sering sakit kepala. mujur boss sy masa tu sgt baik jadi sy dpt bertahan kerana dapat boss yang baik.

tak lama lepas tu, boss sy mintak tukar jabatan. dia dapat bertukar. saya pun mohon juga bertukar, sbb boss saya yg baik tu dh xde kat situ. sy mohon tukar balik kampung.

"disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari" tempat kerja yang saya bertukar di kampung ni lagi teruk. skop kerja lagi rencam dan tak dapat boss yang supportive. dapat boss tak best. saya bertambah sakit kepala. mintak bertukar ke jabatan lain tak dapat2. kadang2 sy risau, saya yang bermasalan ke, aku tak kuat ke. nk berhenti kerja xleh lg sbb ade loan peribadi nk kena setel. aku nk jejak kaki ke perkarangan pejabat pun dh xde tenaga kekuatan.

ke aku sedang mengalami depression? ada siapa2 boleh bagi cadangan dan jalan tak?

Aulia said...

Kak..mcm mne nk kuatkn semangat kta yg kta still masih boleh survive lepas berhenti?sy keje kerajaan dh 7 tahun,ank sorg,suami krje kerajaan jgk.sy mmg dh xde hati sgt nknkeje.bile nk berhenti org akn hasut mcm2,nnt suami bt hal la apela..kacau bilau sy kak.

Jose said...

Banyak baca komen stress lah..nak kata stress lg stress pekerja swasta kerja 12 jam 16 jam sehari tekanan manager lagi output,korang ptot bsykur kerja 8 jam boleh mgular kol 9 10 hilang minum kopi pagi masuk office kol 11 12 dah hilang rehat ada Smpai kol 2 petang nak dekat 3 bru masuk koje balik rumah tdo 4.30 dah punch out,lagi Kome tak bersyukur k kerja bawah aircond tu pin nak mgluh ke jgan jd penjawat awam lah cmtu yang pekerja kontrak maguan2 tengah panas pekerja swasta penat fizikal tak mengeluh PON korang yang kerjaan ni mgluh sgat mengada

Unknown said...

maaf tumpang tnya kalau berhenti kerja mcmna dgn loan bank erk..kna setel smua dlu ke cmne...

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM.
Saya nak minta pendapat bagaimana nak buat keputusan berhenti kerja kerajaan jika dibantah kuat oleh ibu bapa. Suami pula tidak membantah kerana memang mahukan saya menumpukan perhatikan kepada anak-anak. Tetapi suami tidak yakin dapat memenuhi keperluan perbelanjaan yang cukup setelah saya berhenti kerja. Apabila minta pendapat rakan sepejabat juga ramai yang mengatakan rugi berhenti kerajaan kerana akan hilang kelebihan pencen dan sebagainya. Ditambah lagi dengan keadaan selepas covid -19 , harga barang semua melambung tinggi.. Bagaimana nak buat sedangkan saya dah tak ada hati lansung nak kerja kerajaan.
Ada sesiapa di sini yang memang tak menyesal lansung selepas berhenti kerja kerajaan? Saya masih buntu...

Anonymous said...

Panjang ayat namun tidak sampai tujuan penulisan tersebut. Sayang sekali.tulis biarlah difahami dgn mudah

Tiqah said...

Assalamualaikum w.b.t...

Saya pun dah 2 tahun lebih kerja gov, dari mula pjj dgn suami. Jumpa dia sabtu ahad je. Tahun lps saya pregnant, lps tu cuti bersalin sampai hujung tahun. Bila kena balik kerja sorang2 tahun ni, saya dah murung sgt2. Bby baru 3bulan, ibu sy jaga, suami dok KL. Saya tinggal di kuarters sorang diri, mana tak stress. Sini mmg kawasan pedalaman, kalau ada kecemasan atau nak beli brg bby, xde klinik atau kedai yg berdekatan. Semuanya kena drive dlm 30 minit. Manalah ada hati nak bwk bby duk kat tempat mcm ni, dahla dia pun kecik lagi. Pastu byk sgt serangga mcm2 kat kuarters ni, takut bby kena gigit ke.

Bila nak bertolak dr rumah hari Isnin tu, ya Allah confirm menangis2 nak tinggalkan bby. Duk kuarters, setiap hari nangis tak boleh tgk bby. Tapi bila balik hujung minggu tu mcm kelip mata dah Isnin balik. Kalau nak mintak pindah, haah kenalah tunggu 10 tahun, kat sini ramai yg dah naik pangkat pun x dpt pindah. Diorg stay je kat sini, sbb ramai x nak dtg sini.

Skrg ni saya nak letak jawatan, tapi sy nak tahu baki cuti rehat yg kita ada tu boleh digunakan masa notis 30 hari tu ke? Kalau sy, ada mcm 20 hari lebih, kalau boleh ambik, rasanya saya x pyh kerja pun 30 hari tu. Tapi sy tak pasti, ada yg tahu ke? Klau tahu tolonglah share.

Anonymous said...

Hi. Nak tanya kalau resign, yang loan oersonal potong angkasa tu kene settlekn habis or boleh jer continue byr dengan bank monthly?

Anonymous said...

Hi sis. Nak tanya part loan personal potong angkasa ni.. Adakah perlu settle habis atau boleh continue byr bulan direct bank baru boleh resign? Sebab decide nak ambik 24hrs resign

Multazimah Shahimin said...

Thankyou so much author..saya skrng tngah practical di sebuah jabatan agama..and i think government sector is really not for me..

radzuan said...

nak berhenti kerja kerajaan sebab apa?

1.stress
2.dah tak minat
3.rimas dengan politik pejabat
4.dapat kerja lain yg lg best
5.nk fokus pd bisnes
6.sakit

kalo nk berhenti kerja kerajaan dan fokus pd bisnes,pertama sekali pilih la bisnes yang sesuai dengan potensi diri dan kemampuan diri,modal dan masa.jgn main serah diri buat bisnes yang x sesuai dengan kita.

banyakkan rujuk pd usahawan bisnes konvensional...


kalo nk berhenti sebab stress atau pun politik pejabat..cakap pada diri sendiri "nama pun makan gaji"

kalo dapat kerja lain,pastikan gaji basic kerja baru tu mesti lebih seminimum 30% drpd gaje pokok skang tak termasuk elaun2 lain

nk mulakan bisnes part time,ada caranya..jgn main terima je motivasi daripada orang lain walopun orang tu udah berjaya!

nak amik cuti tanpa gaji untuk fokus pada bisnes pun ada gerak kerjanya jugak...saya ada experience cuti tanpa gaji setahun utk try fokus pd bisnes..alhamdulillah GAGAL!..sebab x meet the gerak kerja yang sesuai.tp ini le yang jadi checklist saya untuk saya gunakan selepas tu

yang paling best adalah saya berhenti kerja kerajaan dulu dalam keadaan bisnes saya amat teruk tapi alhamdulillah saya dapat bimbingan drpd usahawan2 mentor yang genuine dan push bisnes yang secure naik balik

kita ni selalunya kompius dengan permasalahan kita yang membuatkan kita mudah beno nak berhenti kerja namun bila berhenti,jangan le menyesal sebab ia akan membawa kita kepada peluang dan life yang lebih baik sebenarnya!

selamat maju jaya semua!
radzuan 0165101940

Anonymous said...

Sy pun nk resign dari kkm...dah penat kena arah jaga tempat pesakit yg teruk²..rasa anxiety nk g kerja...hilang minat,stress dgn environmet kerja...rasa nk mula bisnes yg sy gemaro dan bebas dari bebanan kerja as government

Anonymous said...

Saya juga berpendapat seperti puan, selama ni idamkan kerja kerajaan tapi setelah bekerja baru faham perkara2 kena hadap selama menjawat jawatan dlm kerajaan. rasa x tenteram dan mula rasa xnak memhambakan diri sendiri kerana duit. Insyaallah aim nak lunaskan hutng sebelum berhenti kerja dan fokuskan pada anak yg masih kecil dan mencari illahi. doakan saya

Anonymous said...

Hai berkerja under kkm Baru 2 Minogue,tapi sy rada tah happy kerja sini dan kemurungan..blh bagi pendapat

Anonymous said...

Saya ke sini membaca pengalaman orang yang sama macam saya. Saya bekerja umur 25 tahun pada tahun 2017. Lepasan Degree tahun 2014. Takde kerja yang setaraf dengan saya. Jadi saya grab mana2 jawatan saja masa tu. Kini di bidang pentadbiran dan memang sangat jauh daripada bidang saya belajar waktu degree dulu. Jawatan pun SPM. Cuba bayangkan, saya baru je kerja beberapa hari dah ada orang dengki kata saya suruh orang buat kerja saya. Kena buli dengan orang sama. Buli mental ye. Jadi saya niat bila saya nikah nanti, saya nak nikah dengan orang jauh so that saya boleh pindah dari situ. Alhamdulillah saya kini dah 4 tahun bekerja di tempat lain sebab mohon pindah. Di sini, toksik dia berbeza. Di tempat lama, dengki. Di tempat baru, mulut tempayan hahaha. Kadang tu rasa nak berhenti pun ada sebab macam dah takde passion dengan kerja sekarang. Saya pun ada buat bisnes online dan passion saya ke arah tu. Harap Allah tunjukkan jalan buat saya.

Liya said...

skg awk keje lagi ke? saya skg ni pun major depression stlh 9 tahun kerja under kkm.esok last mc saya setelah bersambung2 mc.saya xmampu nk dtg kerja lagi dah.nk resign 24 jam.tp fikir nk bayar sebulan gaji.nk notis 30 hr pun xmmpu nk hadir krje.ya Allah

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Ketika saya menaip status ini, saya pun bakal meninggalkan dunia penjawat awam. Dah dapat surat jawapan dari bahagian sumber manusia, tarikh akhir berkhidmat 1 Disember 2023.

Baru berkhidmat hampir 3 tahun, saya dah migrain teruk sampai saraf muka sebelah kiri bengkak. Walaupun hanya gred N11 tapi arahan terlalu banyak dan tiada kerjasama dari pihak yang berkenaan. Saya jenis yang suka selesaikan kerja dengan cepat tetapi kerja tertangguh sbb ada pihak tak selesaikan bahagian mereka. Bulan demi bulan, kerja makin banyak tertangguh sampai saya pulak kena jawab.

"kenapa tak bagitau bos kerja byk tertunggak?" Bos jawab susah nak perbetulkan budaya kerja "Orang Lama" di pejabat.

Tak cukup migrain sebab kerja, saya pulak kerap sakit disebabkan Long Covid Simptom, asyik MC sebab memang sakit teruk. Orang pejabat pulak dah start mengata saya asyik MC. Last2 selepas berbincang panjang dengan wife, saya decide nak berhenti je keje gov ni.

Alhamdulillah ada juga perniagaan kecik untuk menampung kehidupan. Lepas je saya terima surat pengesahan perletakan jawatan, kepala saya rasa ringan sebab dah lepas tanggungjawab dan beban kesihatan mental saya.

Moga ada rezeki untuk semua orang yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerajaan. Saya percaya jaga kesihatan mental lebih baik.. minda sihat baru badan cergas untuk mencari rezeki :)

Anonymous said...

Salam

Saya pun dah meletak jawatan sebagai penolong pegawai teknologi maklumat f29 setelah lebih 10tahun berkhidmat. Tidak dapat pencen kerana belum cukup syarat umur 40tahun. Saya berhenti kerana dapat tawaran yang lebih baik di swasta. Yang benarnya, saya dah tepu di jabatan yang sama, buat kerja yang sama, career progress yang sangat slow. Ditambah lagi dengan keinginan kerja sy yang sangat tinggi, dimana saya sangat berminat discover teknologi2 baharu dengan harapan saya boleh apply ditempat kerja. Tapi sebab agak slow dan perlukan pelbagai birokrasi untuk menggunakan pengetahuan dan teknologi, saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib di swasta. Alhamdullilah, sudah 4bulan saya di swasta, sy lebih gembira disini, dengan team dan bos yang best, teknologi yang sy inginkan.

Saya doakan kepada mereka yang sudah dan ingin meletak jawatan, supaya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Anonymous said...

Assalamualaikum puan..sekarang, dah taun 2023,puan msih Di gomen atau berhenti?..sy pun,msih dlm dilema..Dan keep isthiharah

Anonymous said...

So puan akn skim pencen pilihan.selepas umo 55 taun,pencen akn msukkn? Sbb dah lebih 10 tahun berkhidmat.

«Oldest ‹Older   201 – 250 of 250   Newer› Newest»